Tuesday 29 March 2016

. Sains dan al-Quran .

Dulu , masa kat poli ,
Masa menumpang kelas dengan adik - adik junior ,
Ada salah sorang chinese nie , sangat banyak bercakap + terlalu ramah .
Tapi , bijak betul . Jeles dengan dia .

Ada suatu hari tu ,
Tetiba dia tanya ana ,
'' Macam mana ea , you all satu agama yang begitu besar , boleh percaya hanya pada sebuah buku nie ? '' ( sambil tunjuk tafsir al-Quran ) .

Terkedu kejap ana dapat soalan dia tu .
Ana nak jawab .
Tapi , belum sempat ana jawab ,
Dia dah balas semula ,
'' Takpe . Saya tak perlukan jawapan ''
'' Err , macam tu pulak ? ''

Pehtu , tetiba ada sorang adik nie yang duduk sebelah ana time tu tanya kat dia ,
'' Macam mana kalau you masuk Islam ? ''
'' Ayooo ! Saya rela mati bunuh diri dari masuk Islam ''

Terkebil - kebil kami bila dia jawab macam tu .
Sampai macam tu sekali dia jawab .
Bila tanya dia , kenapa dia jawab macam tu ?
Dan dia hanya gelengkan kepala dan berlalu .

Dan hari nie , bila ana scroll FB ,
Ada satu page nie , kongsikan dan kaitkan al-Quran dengan Sains .
Masha Allah . Subhanallah . Allahu Akhbar .
Ana yang dah kompom - kompom Islam nie pun ,
Rasa teruja baca .
Hopefully yang non muslim if ada yang baca ,
Allah bukakan pintu hati dan berikan mereka hidayah untuk memeluk Islam .
Sebabnya , hidayah tu .. memang sangat susah didapatkan .
Ianya milik Allah .
Tapi , tak salah kalau kita berusaha untuk berdoa dan mendapatkannya .

Betapa Allah itu Maha Agung dan Maha Mengetahui . 

Ternyata al-Quran telah menjelaskan segalanya sebelum kedatangan kajian Sains . 



Yang nie pun best , bila dia huraikan maksud setiap kalimah tu . 


















Suka baca surah yaasin . Dan bila dia fokuskan pada ayat nie , lagi keterujaan itu mendalam . Allah . Allah . Allah . 














Madu memang banyak kelebihannya . Kalau nak muka cantik , halus dan mulus pun , boleh campurkan madu bersama tomato , jadikan macam mask . 


















Allahu Akhbar ! Allahu Akhbar ! Allahu Akhbar !






Seronok sangat masa baca tentang lautan nie . Masha Allah . 


Pernah dengar pasal nie . Dan bila ana baca pasal nie , lagi kekaguman kepada Allah itu datang . Subhanallah . 





Khusyuk ana baca menatang nie satu persatu .
Teringat juga dulu ada beli 1 novel karya Dr.Farhan Hadi , suami kepada ustazah Fatimah Syarha .
Lebih kurang macam nie novel dia .
Pertembungan idea seorang yang atheis , seorang ustaz yang terlalu taksub dengan Islam dan seorang lagi ustaz yang berada dalam pertengahan dan mampu menjadi pendamai di antara keduanya .
Best novel tu . Sebab dia menjelaskan fakta sains dan al-Quran .
Dan ayat yang paling ana ingat ,

'' Dia mengira Sains boleh menolak kewujudan Tuhan dan Sains boleh menjelaskan segala - galanya , rupa - rupanya Sains membawa kepada Tuhan dan Tuhan adalah penjelasan segala - galanya ''


Kepada sahabiah yang membaca blog ini , ana sarankan ,
Banyakkanlah membaca .
Bukan hanya buku - buku , novel , majalah , tetapi sebarang bentuk method pembacaan .
Kerana melalui pembacaan , kita akan menemukan beribu hikmah dan pengertian .

Selamat membaca !
Jadikan membaca sebagai amalan tambahan :)

~ Sekian :)

No comments:

Post a Comment