Rasa excited nak cite sampai habis . Hahaha :D
Starting with masa kami bertolak . Dalam perancangan , kami akan gerak pada pukul 4.30pagi .
Tapi , disebabkan ana dengan ada salah seorang adik pukul 3.30pagi tu , baru nak tido ,
Memang cite dia gerak lewat sikit lah dari 4.30pagi tu . Hahaha :D
Ini semua Poyyyoooo !! :P
Sepanjang perjalanan , rasa jauhnya lahai Bota nun .
Selama nie , kejap je .
Pastu baru sedau , yang ana gerak nie .. bukan dari Manjung ,
Sebaliknya dari KL . Tu yang makan masa . Huhu .
Akhirnya ,
Inilah mempelainya . Sama cantik dan sama padan . Bagai pinang dibelah - belah . Hahaha :D
Taraaaaa !! Masa nie , dah selamat dah kak usrah nie diijabkabulkan .
Tapi , ada cite kelakar sebelum kak usrah dinikahkan .
Dah elok kena make up , cecantik dengan pakaian pengantin ,
Tetiba kak usrah rasa nak muntah + tekak rasa loya lain macam .
Macam - macam kami bagi , supaya dapat tenangkan balik kak usrah nie .
Tapi , tetap tak jalan jugak . Huhu .
Kak Usrah minta cekelat yang perisa mint kalau boleh .
Err , tengah dok kalut tengok dia , mana maunya dapatkan cekelat perisa mint .
Hahaha :D
Tapi , bila maklumkan dekat sahabat yang lain ,
Ada ler sorang yang ada gula - gula dalam beg dia .
Tapi , beg tu dalam kete . Aduyyaii . Nak keluar , sikit punya ramai umat dah memenuhi umah kak Usrah .
Jadi penyudahnya , kami minta tolong dari sahabat lelaki kat luar .
Bila nak bagi kat Kak usrah ,
Tak jalan dah . Sebab time tu , tinggal lagi beberapa detik je .. nak diijabkabulkan .
Jadi , kita biarkanlah kak usrah dalam keadaan seperti itu .
Bukan kejam . Cuma tak boleh buat apa dah . Kak usrah pun dah redha je . Hehe .
Masa nie , pengantin tengah kalut nak solat sunat + bergambar bersama keluarga pula .
Jadi , Ayuhlah kita menselpiekan diri .
Ditambah , kamera yang cantik sangat lah berfungsi masa dan ketika ini ,
Apa lagi , janganlah kita mensia - siakan masa dan kesempatan yang ada .
Rasa muda pula , bila berada di kalangan yang muda . Heeee :D
Kami yang muslimat , seronok berselpie .
Sekali bila keluar , muslimin pula sardin je dah melantak dulu .
Pergh ! Boleh tahan deme nie ea ? Hahaha :D
Bila tengok deme nie makan , kami pun nak ler join sama .
Tapi , disebabkan nak amik hadiah untuk pengantin dalam kete ,
Ayuhlah kita berjalan dulu ke arah tersebut .
Part nie , kelakar .
Kelakar gila . Sakit perut kami gelak .
Hahaha :D
Masa kami menuju ke arah kete ,
Ada seekor anjing yang tengah tido , betul - betul dekat dengan kete sahabat nie .
So , kami masing - masing dah cuak lah . Camne gaya nak ke kete , kalau ada ''penjaga'' sedap landing baik kat situ .
Lalu , more better kami hold dulu .
Tetiba , ada seorang sahabat kata , anjing tu dah bangun dan beredar tempat lain .
Kami pun bersegera lah ke kete . Nak tulis + sign di kad sebenarnya .
Tengah kami dok layan menulis dan sign tu ,
Tetiba ada seorang akak nie berlari keluar dari mana ntah sambil menjerit .
Kami syak , akak tu kena kejar dengan anjing tadi .
Kami yang elok menulis kat luar kete tu .. apa lagi , semua pakat masuk dalam kete .
Berhimpit kome ! Yang mana dah masuk , di tolak - tolaknya lagi ke dalam .
Siap tutup pintu . Wakaka :D
Ana tak sempat masuk . Sempat gelak je kat luar . Kaw kaw punya ana gelakkan .
Comel je gambar nie kan ?
Rasa memasing sweet je . Yang kedua sweet lepas pengantin ,
Haruslah yang tudung pink tu . Kahkah :D
Gambar nie , masa kami nak gerak balik dah .
Jenuh kami tunggu pengantin free .
Ate , sibuk bebenor pengantinnya . Penat kami kejar . Hahaha :D
Baideway , Nampak x ana sorang je yang excited buat aksi macam tu ?
Kononnya , ana pakat dekat deme reramai buat gaya tarik menarik ,
Al-hasilnya , ana je yang syok sendiri sensorang tarik pengantin .
Dan sangatlah ternyata , deme nie .. tak dapat memberikan kerjasama yang baik . Hahaha :D
Masa nak gerak balik tu , dah nak dekat masuk waktu Zohor .
Jadi , ayuhlah kita menjamakkan diri di masjid ini .
Sekali , bila keluar dari masjid tu , kami jumpa pulak super duper senior PUO nie .
Apa lagi , abadikanlah kejap gambar bersama . Huhu .
Ce teka mana satu senior nya ? Hahaha :D
Yang terkepit diantara kami tu lah orangnya bersama Encik Suami :)
Gambar nie , termasuk dalam perancangan selepas dari umah pengantin .
Tapi , sepatutnya di tempat yang berbeza .
Kami salah tempat lah pulak . Puncanya , ana lah . Kahkah :D
Konon dalam fikiran nak pergi Aeon Big kat Menglembu ,
Tapi tertulis dan tercakap Aeon Klebang .
Patutlah bila tanya dekat staff situ , mana dinding yang lawa - lawa tu ,
Dia kata kat tingkat atas .
Walhal , ibu dengan akak ana kata , kat luar je tempat tu .
Sekali , salah tempat der ! Hamik kau ! Pakkal tak kena hempuk dengan deme . Kihkih .
Tengoklah deme tu ! Pantang bagi peluang .
Sardin je bergambar sakan =.=''
Tengok lah nie .
Nie acah - acah sweet or bagaimana ? =.=''
Tapi sekali pandang , macam ada iras pulak muka deme nie .
Patut jadi sahabat baik . Hahaha :D
Dan alang - alang kami ternampak Popular dalam nie ,
Ayuhlah kita menyinggahkan diri .
Ekceli , nak cari buku kat bawah nie .
Tapi , nan ado .
Pastu , tangan ''terbeli'' yang kat bawah nie pulak .
Bukan terbeli sebenarnya . Memang nak beli :)
Hahaha :D
Seronok betul bila dah dapat buku nie .
Ana umpama berada dalam dunia sendiri dah .
Nie cite dia kalau kome mengumpat time ana tengah membaca ,
Memang pakat tak dengar . Gitu sekali kekdahnya . Hahaha :D
Sekian lah Part 2 . Nanti ana update Part 3 pulak , okay ? Letih lah menaip . Lapau pun ye jugak nie .
Baiklah ana g melantak pe yang patut dulu . Heeee :D
Daaaaa .. Adios amigos berambus :P
rindunya...:'(
ReplyDeleteapa yg kamu rindu auna ? hahaha :D
ReplyDelete