Wednesday 8 June 2016

. Pesta Floria Putrajaya .



ALHAMDULILLAH , TUMMA ALHAMDULILLAH :)

Setelah beberapa kali di post pone , setelah beberapa kali ''mengidam'' nak ke sini ,
Akhirnya , Allah makbul dan perkenankan .
Fuhhhh ! Pergi mencabar , balik pun mencabar .
Macam - macam hal kome ! Hahaha :D


4 Jun 2016 - Berjaya juga sampai ke sini , bersama dengan seorang adik merangkap salah seorang sahabat .
Mulanya , ingat nak pergi sendiri je .. Sebab sahabat yang memula ana janji dulu , dah pergi dulu .
Tapi , bila ana whatsapp adik nie , dia kata ''bagai pucuk mencita , ulam mendatang'' .
Hahaha :D Dahsyat instinct kami . Kuat dan padu . Tak sangka memasing nak pergi sini .

So , disebabkan memasing takde kenderaan sendiri , kami kena ler berusaha untuk naik pengangkutan awam , yang akan membawa kami ke sini .
Check point untuk berjumpa , adalah di KL Sentral . Kendian , kami berjanji akan bergerak sesama ke Putrajaya .

Fuhhhh ! Hampir sejam tunggu adik nie dekat KL Sentral . Bapak lama .
Sebabnya , dari rumah dia , dia susah nak dapat teksi @ bas .
Jadi , kena ler sabar menanti seketika . Huhu .

Elok je lepas sejam macam tu ,
Baru KTM adik nie sampai . Kami pun segera beli tiket ke Putrajaya - KLIA Transit .
Bapak mahal . Sekali naik , RM14 . Kakak kata , dulu RM9 je . Cehh !

Sampai je Putrajaya Sentral , kami kena tunggu ada 1 bas kat situ .
Dia sesiap tulis bas Floria . So , mudah ler sikit rakyat marhaen macam kami nak sampai sana .
Satu kepala dia kira RM1 . Okaylah tu . Janji sampai .
Tapi , hampir setengah jam jugak menanti bas nie . Huhu .


Bila sampai je situ , mak aiii . Ramainya umat lahai .
Tempat masuk lain , tempat beli tiket lain . Dah lepas beli tiket pula , tiket tu kena scan .
Hahaha . Punya banyak sistem .
Tapi , bila kami masuk je kat dalam , luas betul .
Udoh blank , tak tahu nak menghala ke mana dulu . Hahaha :D



Sebelum pergi sini hari tu , ada ler dok google jugak .
Nampak ler menatang nie . Dalam hati , nak bergambau kat sini nanti , cantik - cantik , sebab ada kena mengena dengan tempat kelahiran .
Sekali , jam nak bergambau tu jugak lah ada makluk Tuhan 3 ketul yang comel nie , interframe .
Al-kisahnya , jadi ler gambau sedemikian . Adeh =.='' Seeeetress . Haha :D




Bila masuk kat sini , sampailah ana balik , ana asyik terfikir , kenapa dalam 14 negeri yang ada kat Malaysia ,
Hanya negeri Perak dan Johor yang beria ada dalam pameran nie .
Serious tak dapat tangkap kenapa . Tapi , tetap rasa bangga sebab ada Perak . Yeaaayyy ! Haha :D


Gambar yang adik tu tangkapkan . Sama ada hp ana memang hp biasa ,
Ataupun adik tu memang sengaja nak sabotaj gambau ana =.=''


Tengoklah gambau yang ana amik untuk dia . Okay je tau ! Grrr . Hahaha :D
Takdelah marah sangat sebenarnya . Sebab lepas ana perasan gambau ana kena ''sabotaj'' , ana suh ler dia amik lagi sekali . Hamikk ! Rasakan . Haha :D


Cecantik sangat bunga - bunga yang ada kat situ .
Rasa nak je petik setangkai bawak balik .
Tapi , awal - awal dia dah mention kat situ , ''Do not pluck the flower'' . Ceh ! Terkubur harapan .
Hahaha :D Tak mengapalah , cukup kot layankan selpie kat sini .
Tapi sampai balik tak boleh nak move on teringat bunga tu . Cantik . Macam plastik .
Elok dan segar je kat tangkai .

'' Cintakan bunga , bunga akan layu . Cintakan manusia , manusia akan mati . Cinta Allah yang kekal abadi dan sejati '' ( Eh ? ) Hahaha :D



Tempat salji nie pun , ada google hari tu . ALHAMDULILLAH , TUMMA ALHAMDULILLAH :)
Dapat juga selpie kat sini . Rasa macam ada kat oversea sangat . Heeeee :D


Tengah ''merayau - rayau'' dalam Floria tu , tetiba ada ''rezeki jatuh dari langit'' .
Tetiba nampak ada khemah makanan percuma ! Yepppyyy ! Nyum nyum .
Macam tetau tau je perut dah berdondang sayang . Hahaha :D
Banyak sangat menu nya . Tapi , sebab kami penat berjalan pun tak ilang , so amik yang simple - simple je . Tapi , sedap betul . Kalau dapat tapau bawak balik , mungkin lagi sedap . Haha :D


Dan benarlah kan , dunia nie kecik je . Pi Mai Pi Mai , Tang tu jugak .
Tengah kami syok - syok selpie , tetiba adik nie jumpa anak jagaan dia nie di Taska .
Apa lagi , pakat minta selpie lah cite dia . Haha :D

Lepas tu , ingat nak balik dah .
Sekali , kami nampak satu khemah tertutup , ada pameran kucing pulak dalam tu .
Oh my Allah ! Rugi ler kalau x masuk .
So , ayuhlah kita bawakkan diri dalam tu .

Bila masuk je dalam tu , Perghhh !! Geram mak nak ! Hahaha :D
Comel betul kucing - kucing yang ada dalam tu .
Banyak yang tak pernah tengok .
Ada bulu dia macam leopard , ada yang size dia panjang macam anjing , ada yang memang macam exactly anjing pun ye jugak . Takde bulu .
Eeeeii , geram betul . Dah lah duduk molek je dalam sangkar .
Tapi , ada sekor tu , ana dapat jugak ''tackle'' mamat yang jaga kucing tu , minta nak pegang kejap .
Hahaha :D Comel . Serius comel . Mamat tu kata , kalau beli kat luar , mau dalam RM4500 - RM12500 . Oh my Allah . Bapak mahal . Hahaha :D

Lepas dari pameran kucing tu , baru kami balik .
Tapi , kami pi solat Asar dulu dekat Masjid Besi .
Jenuh jugak lah nak menapak dari Floria tu ke Masjid Besi . Huhu

Alang - alang dah sampai situ , kami tunggu sampai Maghrib .
Ingatkan , lepas je solat Maghrib nanti , kami nak gerak balik .
Sekali , .............

Bas yang memula antar kami kat sini tadi , nan ado .
Pok Cik tu membongak ! Kata dia , setiap setengah jam akan ada bas .
Tapi , sampai 2 jam kami tunggu , nan ado . Wuuuu . Sadis . Serius cite sedih .
Hahaha :D Adik yang pergi dengan ana nie , dan give up dah .
Macam mana nak balik nie ? Dengan nak kejar ke Putrajaya Sentral dengan KTM dekat KL Sentral nanti .
Matilah mak nak ! Hahaha :D

Tengah dok runsing memikiorkan macam mana nak balik ,
Ana dapat idea untuk minta tolong salah seorang adik yang ada kakak dekat Putrajaya nie .
Dalam pikiran , nak minta dia hantarkan kami ke Putrajaya Sentral .
Sekali bila tepon dia , dia dah gerak ke Sungai Siput .
Allah . Allah . Allah .

Stress . Buntu jap . Tepon teksi pun , semua penuh . Semua tak dapat tolong .
Jammed betul kawasan Floria nie . Mungkin sebab last day kot .
Tu yang beratur panjang kete dengan manusia .

1-2minit menunggu , adik tadi call ana balik .
Dia kata , kakak dia boleh hantarkan kami ke Putrajaya Sentral .
ALHAMDULILLAH . Walaupun setengah jam kemudian baru kakak dia sampai bersama husband .
Bila kakak dia sampai tu , dah pukul 10 lebih kot . Mana mau nyer nak kejarkan ke Putrajaya Sentral dengan KTM . Last KTM pukul 11 malam kot .
Ada cite dia yang kena tido kat Putrajaya Sentral nie jap lagi . Hahaha :D
Alhamdulillah , Allah mudahkan urusan kami . Akak tu pelawa kami untuk bermalam di rumahnya .
Settle masalah . Tak yah susah - susah dah nak pikio macam mana nak kejarkan KTM .
Esok jelah balik cite dia . Huhu .

Macam - macam hal .
Nak pergi ''bercinta'' , balik pun ''bercinta'' .

Pesta Floria Putrajaya , dalam kenangan .
Terima kasih Mok Khai ! Teman Sis datang sini . Hehe :)
Lainkali , kita dating tempat lain pulak . Hahaha :D



Sunday 5 June 2016

. Annual Dinner BRIINFO .

Fuhhh ,  lamanya lahai tak update blog nie .
Minggu lepas punya cite . Tapi , rinie baru nak up . Kihkih :D

Jumaat yang lalu - 27 Mei , ana terlibat dengan program di Putrajaya .
Tapi , dalam masa yang sama , ada Annual Dinner opis pulak dah . Hamikkk !

Disebabkan dari pagi udoh berprogram ,
So cite dia , memang takde ler nak sesiap lebih - lebih .
Sauk jelah mana ada . Heeee :D

Program di Putrajaya tu sepatutnya sampai 10malam .
Tapi , disebabkan kami memasing nak pi Annual Dinner nie ,
So , kasi peluang kat orang lain handle jap malam tu .
Kami apa lagi , '' Cabutttttt !!! '' Hahaha :D

Saujana Ballroom Hotel , Puchong

Taraaaaaaaaaaaaa !! Udoh nyampai .
Yeppppyyy :D Makan free kome !

Sampai je kat sana , dah nak dekat pukul 8 malam .
So , solat maghrib kat surau situ je .
Bila masuk je surau dia , Perghhh !! A+ kome !
Udoh macam master room je . Sume ada . Takmo kalah . TV pun ada .
Cuma katil je xde . Kalau ada , pakat dah tak turun Ballroom dia dah . Baik landing dalam nie .
Hehe :D

Bersama budak Tomato ! Mok ! Hahaha :D Satu - satunya BFF kat opis .
Tapi , nanti dia xde dah . Alaaaaaaaaahh . 
Welpieeee ! Tak cukup korum lagi sorang nie . Heeee :D

Nie adalah sajian pertama . Masa mula - mula dia bawak masuk tu , alamak aiii ,
Pe benda menatang nie ? X pernah tengok pun . Hahaha :D
Yang cucuk dengan lidi tu , ayam . Tawar habiaqqq .
Pehtu , yang warna ijo tu , adalah isi ketam sebenarnya . Dia salut dengan beras macam inang - inang ( orang Melaka mesti tau inang - inang tu apa ) . Yang isi ketam nie sedap . Gred A+ . Haha :D
Yang lain , ada kuew tiau dia campur dengan mempelam / mangga . Masam masam sikit rasanya .
Tak berapa nak go sangat bila makan . Haha :D


Sajian kedua . Yang nie best . Sebab semua yang ada dalam piring tu ,
Semua ana suka makan . Hahaha :D
Ada scalop , ada brokoli , ada kacang macadamia .
Sedap betul kacang tu . Dah lama tak makan . Mahal kot kacang tu .
Ana siap pau kakak sebelah punya piring . Sebab dia x lalu nak makan .


Tudiaaaa !!! Ce teka pe menatang tu ?
Itik kot ! Itik goreng bersama fruit salad . Sedaapppp jugak bila bagi kat ana . Hahaha :D
Cuma daging itik nie , liat sikit . Mujur tak cabut je gigi masa makan .
Kalau sape yang pakai polident , kompom tertanggal . Kahkah :D
Tak ramai jugak yang makan itik nie . Semua pakat menjeling je dan ratah fruit salad tu je .

Yeayyyy ! Dapat hadiah ! Tak sia - sia datang . Haha :D
Tengah - tengah dok kokang udang goreng ( lupa nak amik gambau - sebab sedap sangat ) ,
Tetiba nombor cabutan bertuah ana kena annouce . Eh ? Macam kenal je nombor tu .
Dengan mulut penuhnya , tak sempat telan , laju je menapak atas stage . Hahaha . Sikit punya tak sopan .

Disebabkan macam ''jakun'' dapat hadiah , kita layankan kejap ,
amik gambau sambil duduk atas dia . Hahaha :D
Bengangnya budak Tomato @ Fieza tu , tak dapat hadiah .
Yeaaayyy ! Padan muka dia . Hahaha :D


Ana ingatkan , ana je dapat . Wakil dari BMQ . Sekali , Eh ? Dia pun dapat jugak .
Takmo kalah tu kome ! Dapat Microwave . Untungggglah . Hoho .


Menu second last . Dari awal , budak meja ngan ana nie , bising - bising nak nasi . Nak nasi .
Sebab memasing tak boleh terima sajian malam tu .
Sekali , hamikk !! Tu dia nasi goreng . Sekali dengan cendawan dan sawi dia bagi .
Tapi , masa nie memasing dah full tank . Memandang je cite dia . Hahaha :D


Menu terakhir . Bubur kacang dengan kuih apa ntah dalam tu .
Bila gigit kuih tu , dalam dia ada isi pahit . Macam biji kopi . First time makan .
Tak best . Hahaha :D
Masa nie dah bangun pun . Sebab nak amik gambau reramai .

Tak cukup korum . Akhi Hamid dah balik masa nie . Bertiga jelah cite dia . Huhu

Selpie dengan deme pulak . 
Gambau nie macam bahaya pulak kalau sekali tengok . Nampak ana rapat nau dengan Amir tu . Padahal , jauh lagi sebenarnya . Mungkinkah trick camera  ? Hoho . 

Selain Water Dispenser , ada ler seketul nie hah sebagai kenangan . Kenangan pernah ''berkhidmat'' di sini . Chewaaaaahhh , ayat macam nak benti keje je cite dia . Hahaha :D

ALHAMDULILLAH , walaupun tak sampai 6 bulan koje kat company nie ,
Dah ada pengalaman attend annual dinner + dapat cabutan hadiah besau gabak .

ALHAMDULILLAH , pengalaman yang menarik untuk dikenang :)
Maceh ! Lain kali , mohon undang ana lagi :D