Wednesday 23 March 2016

. Walimah Sahabat - Part 1 .

Dah hampir 2 minggu berlalu , baru rasa nak update pasal cite nie . 
Bendanya senang je . Sebab malas nak taip ditambah dengan aktiviti yang bersusun . 
Memang minta buka laptop sekadar untuk dengar lagu dan kemudiannya tido .
Sangatlah malas lahai nak menaip . 
Bukan apa , kalau nak tulis , kena ada feel . 
So , bila nak menjemput feel tu , kenalah menggunakan pelbagai menteranya . 
Dan salah satunya , biarkan dulu cite nie sekadar cite di kepala . 
Kendiannya baru menulis . 
Hahaha :D

( Taaarraaaaa ! Cantik tak yang tudung pink tu ? Tapi tu bukan pengantinnya . Kihkih :D ) 

Walimah kakak usrah di Bota , rasa macam tak percaya dapat hadir . 
Tapi dalam masa yang sama , keyakinan untuk hadir itu sangatlah tinggi walaupun masa Kak Yam maklumkan tarikh dia nie , ana masih bekerja di Manjung dan memakan masa berbulan lagi untuk menemui tarikh tersebut . 
Sama ada kita sedar ataupun tidak , terkadang keyakinan yang kita rasa , 
Bukan semata keyakinan . Sebaliknya , kita boleh mendapatkannya . 
Tinggal pada kita untuk berusaha ataupun duduk tinggal diam . 
Buktinya , walimah nie . Hoho :D

Masa nak dekat - dekat tarikh pergi nie , 
Ana baru tahu ana ada program dekat Masjid Negara . 
So , rasa macam seram sejuk sikit nak maklumkan pada Ustaz @ Big Bos ana , 
Yang ana nak cuti . 
Walhal , sebulan sebelum , dah siap ada group whatsapp '' Ke Bota ke kitee ? '' . 
Dan dalam tu , penuhnya lahai dengan segala perancangan demi perancangan . 

Tapi , disebabkan ana memang kena bagitau jugak kat Ustaz , 
Jadi , ayuhlah kita memaklumkannya kepada beliau . 

Mungkin , ana maklumkan pada masa yang salah atau ianya hanya salah 1 kontroversi yang sengaja dicetuskan , 
Pada mulanya Ustaz tak benarkan . 
Rasa macam nak nangis , bila ustaz tak benarkan . 
Dan ada sikit perasaan cam nak rayu - rayu kat Ustaz .
Cam biasa yang ana buat kat ayah dengan ibu if nak jugak sesuatu dari deme . 
Hahaha :D
Tapi , ana rasa , lebih pada silap ana masa tu . 
Ana bagitau kat ustaz ,  masa ustaz tengah dok kalut pikiaq mana p duit dia . 
Hamik kau ! 
Memang tak lah jawapan dia . Haha :D

Dan disebabkan ana tak dibenarkan pergi masa tu , 
Jadi , ana membuat keputusan untuk maklumkan terus pada sahabat yang berada di dalam group , '' Ke bota ke kitee ? ''

Tak sampai seminit bagitau , salah seorang adik tu , dah left group . 
Pergh . Macam tu sekali . Hahaha :D
Bila ana PM tepi , dia kata if ana tak g sekali , 
Ianya umpama macam tak meriah lah . 
Kuang ajaq . Nak bagitau ana kepoh lah tu =.=''

Ana nie , kalau ana dah kata ana nak , 
Ana nak lah . 
So , ayuhlah kita berusaha dari sisi yang lain . 

Malam tu , kat umah sewa , 
Ana rasa lain macam sangat dah . 
Limbang libor hati bila buat orang lain sentap . 
Yolah , selain adik yang left group tu ,
Ana juga rasa serba salah pada kak usrah nie . 
Sebab ana dah janji nak jadi pengapit dia . 
Tak bestnya perasaan nie . Huhu . 

Jadi , mulanya ana update status kat FB . 
Tauk gambar ana dengan kak usrah , masa kami kat Shah Alam . 
Tauk sekali ayat dukacita tak dapat hadir bagai . 
Mengambarkan betapa dukacitanya perasaan ana masa tu .  

Dan malam tu jugak , doa ana jadi lain macam panjangnya . 
Tetiba rasa betapa ''baiknya'' ana nie . 
Menangis nangis ana mendoa . 

Tapi di ujungnya , ana biarkan Allah yang tentukan apa yang terbaik buat ana . 
Sebabnya , entah kenapa , keyakinan dapat pergi tu , macam masih ada . 
Cumanya , memerlukan kuasa yang besar dari Allah , untuk merealisasikannya .

ALHAMDULILLAH :)
Dengan izin Allah . 

Esok pagi tu , whatsapp yang ana hantar sejak dari petang semalam kat Ustaz ,
Pagi nie baru ustaz respon . 
Dengan respon yang sangat mendebarkan pulak tu . 
'' Call Ustaz '' . 
Selalunya kalau ustaz balas macam nie , ada koje khusus untuk ana nie sebenarnya .
Sekali , bila ana call ustaz , ustaz bagi ana pergi . 
YEAAAAAAYYYYY !! 
Rasa macam nak menari guling2 kat padang , ala - ala filem hindustan . 
Kahkah :D

Once dapat je berita tu , 
Ana maklumkan terus dalam group . 
Kelakar juga bila maklumkan dalam group . 
Semua pakat nak sujud syukur . 
Deme tak tau yang ana dari tadi macam nak menari tarian hindustan nie . Hahaha :D

Jadi , bila ana dah dapat green light macam tu , 
Ayuhlah kita pergi :D

( sambung part 2 nanti lah pulak . Sebab tengah dok sibuk menulis , tetiba dapat call dari mana ntah . Sibuk nak minta nombor whatsapp . Terlebih peramah pulak dah orang tu ^^'' ) 


No comments:

Post a Comment