Wednesday 11 May 2016

. Kuantan - Ipoh - Selama ( Part 2 ) .

Hari nie , baru boleh sambung balik Part 2 .
Ate , sibuk bebenor . Nie pun ada koje lain sepatutnya . 
Tapi , up dulu lah blog nie . Nanti tertunggu - tunggu pulak kome !
Chewaaaaahhhh ! 

Pepagi 1hb tu , kami bercadang nak pergi ziarah beberapa orang pensyarah sekitar Ipoh . 
So , antara rumah pensyarah yang kami terjah ialah ....................................

TARRRRAAAAAAAAA !!!

Comel je gambau nie . Macam big family . Tapi , gegau pulak . Aish , tangan sape lah yang tak bedung nie . Hahaha :D
Seawal pagi , kami dah ''mencemar duli'' ke rumah Encik Mizan .
Hamik ! Rasakan . Sape suh terima kunjungan hormat kami . Heeee :D
Anyway , seronok bila jumpa Encik sekeluarga . Lama betul tak jumpa .
Tau - tau , rumah dah makin cantik , anak pun dah tambah sorang . Eh ?
Hahaha :D
Dah alang - alang kami jumpa Encik nie ,
Kami korek lah sikit - sikit perkembangan bumi PUO . Rindu betul kat PUO .
Walau bukan ada sape pun kat situ . Maybe , rindu kenangan yang pernah lalui kat situ .

Kepada En.Mizan , Terima Kasih sebab sudi terima kunjungan hormat kami .
Siap cantik ada pakej sarapan lagi . Pakkal takde kambing golek BBQ je . Hahaha :D

Lepas je dari rumah En.Mizan nie , kami beransur ke rumah En.Rizan .
Salah sorang pensyarah dekat PUO jugak . Kami nak tengok baby kembau dia sebenarnya .
Tapi , En.Rizan dah maklumkan awal - awal yang dia takde kat rumah .
Isteri dia dengan anak - anak je yang ada .
Pun bolehlah encik . Sebab kenal juga dengan isteri dia . So , takde ler rasa janggal sangat kejap lagi .

Disebabkan En.Rizan takde sekali , so segan sikit lah nak selpie dengan isterinya je .
Tak dapatlah gambau disisipkan dalam memori handphone . Memori kepala jelah cite dia . Huhu .

Lepas je dari rumah En.Rizan , kami ke Tambun pulak .
Menghadiri walimah pasangan kembau dari KUISAS .

Tu dia pengantin . Sempoi habis bak hang . 

Nie lah sahabat kami . Tapi , ana lagi rapat dengan  pengantin perempuan tu , Kak Hijriyyah . Pengantin lelaki , kenal gitu je . Huhu


4 pasangan sebenarnya pengantin nie . Sahabat kami , yang kembau tu . 
Masa kami sampai situ , ana terbisik dalam hati , kejap lagi mesti ada wartawan datang nie .
Yelah , 4 pasangan adik beradik buat walimah serentak .
Sekali , bila kami dah balik .......................................


Memang betul ada wartawan yang datang . Cara lah kak ! Hahaha :D

Masa ana whatsapp Kak Hijriyyah nie , bagitau pasal wartawan datang ,
Dia kata , tulah .. rugi kami balik dulu . Kalau x , boleh masuk berita sama - sama  .
Hahaha . Boleh sangat kak ! kompom kalau kami masuk , tenggelam pengantin :P

Kami memang tak boleh lelama kat situ . Sebabnya , nak kejarkan ke Selama pulak .
Nie pun , mesti lewat sampai nanti . Huhu .

Alhamdulillah , sampai jugak . Walaupun pengantin dah kelam kabut nak pergi fhotoshoot kat luar pulak . 

Sempat juga selpie sekeping ngan Kak Shira . Cantik betul :)

Kesian gambau deme . Rosak sikit , tertutup dengan jari ana . 
Masa kami sampai kat kenduri Kak Shira nie , dah tak berapa nak ada orang .
Yelah , dah pukul 3petang . Orang kampung mesti dah ramai balik dah .
Tinggal jelah kami dengan beberapa ketul lagi manusia .
Tapi alhamdulillah , sempat juga sembang dengan Kak Shira dan mak dia .
Tak sangka , mak Kak Shira ingat lagi ana .
'' Nie kawan yang kat ipoh tu kan ? ''
Ana pulak yang blur kejap .
'' Err , kawan kat Ipoh ? ''
'' Yelah , yang masa mak cik datang rumah Shira time dia konvo hari tu ''
Owh , yang konvo . Baru clear . Ate , jauh benor mak cik throwback . Lupa sudah . Hahaha :D

Lepas je dari walimah Kak Shira nie , kami plan nak ke Zoo Taiping pulak .
Ntah apa yang best pergi zoo ntah , ianya juga tersenarai dalam tentatif kami .
Hahaha :D So, ayuhlah kita mengerakkan diri ke sana .

Yeayyy ! Sampai zoo ! :) Kurang asam gajah belakang tu . Bagi bontot kat kami ! -.-
Uncle tu dalam cubaan nak join tengok peta kami . Sibuk je . Pi lah cari sendiri . Hahaha :D
Mula - mula masa sampai kat Zoo Taiping nie , kami ingatkan tak boleh masuk dah .
Sebab jam lagi beberapa minit nak masuk pukul 6 petang .
Kata Kak Farhana ( alumni PSSI_PUO ) yang kebetulan ada koje kat situ , selalunya pukul 6petang dah tak boleh masuk . Sebab dia open untuk Night Safari pulak .
Takpe , pape pun , kita tanya dulu . Mana tau , rezeki .

ALHAMDULILLAH :)
Boleh je masuk . Cuma kena keluar pada atau sebelum pukul 7.30malam .
Okay , cantik ! Ada sejam setengah lagi masa untuk melawat . Melawat ''saudara'' . Hahaha :D

Masa beli tiket nie , sahabat kata , kalau anak Perak , dapat diskaun .
Sekali , HARAMMMMM ! Nan ado ! Yang diskaun hanyalah bagi penduduk Selama dengan apa ntah . Lupa pulak -.-


Burung nie , pandang tempat lain mulanya . Sekali bila panggil dia ajak selpie , anjat Mak ! Bulat betul mata dia . Hahaha :D

Pemalas lah singa nie . Sardin je bersidai kat situ . Bukan nak datang dekat dengan ana . 

Nie beruang apa ntah nama dia . Lupa lah . Best tengok dia jalan . Terkelepek kelepek tangan kaki dia . Hahaha :D

Baru ingat nak selpie ngan Giraffe . Sekali , dia kunci tempat khas tu . Tempat untuk tengok dia dengan lebih dekat . Penyudahnya , zoom jelah dari jauh . Hoho . 

Geli tengok badan badak sumbu nie . Licin habis . Bak kata orang , flawless gitu . Auww ! Hahaha :D
Gambar nie , antara kekeliruan maklumat nak amik cara macam mana @ memang ana tak tahu nak amik . Hahaha :D Nasib kau lah dik ! 





Dalam banyak - banyak binatang , yang nie paling sadis . Kesian kesian . Nie cubaan mogok yang terlalu @ bagaimana ? Cakap dengan pokok kome ! Sumpah kesian . Hahaha :D Meh kat Mama meh ! Kahkah :D

Dalam kata tak banyak gambau yang diamik tu , banyak juga sebenarnya .
Baru perasan . Nasib ler .
Dapat juga ler karang satu dua tiga ayat . Hahaha :D

Okay , settle part 2 .
Malas nak taip panjang - panjang .
Sambung nanti lah pulak Part 3 . Wakakaka :D

Okay bye !

Wednesday 4 May 2016

. Kuantan - Ipoh - Selama ( Part 1 ) .

Dah lama tak update blog .
Masuk hari nie , ngam ngam sebulan . Kahkah :D
Nampak malasnya kat situ , walau sebenarnya macam - macam nak tulis .

29/4 - 2/5/16 : Kami bercadang nak ke walimah sahabat .
Ramai kome ! 3 pasangan . 3 Negeri yang berbeza .
Aim utama , nak pergi yang Kuantan je .
Tapi , kat ujung - ujung , dah bercabang - cabang jadinya . Hahaha :D

Sahabat yang kat Kuantan nie , sama - sama dok study dulu kat PUO .
Serumah lagi tu !
So , takkan ler x pergi kan ? Ada yang kecik ati sat g .
So , layankan jelah . Lagipun ana suka pergi kenduri . Hahaha :D

Dia nikah malam jumaat tu - 29hb . Tapi , sebab memasing dah plan sabtu pagi baru nak gerak ,
Tak dapat ler nak tengok dia diakad nikahkan .
Takpelah , dalam tak dapat tengok dia nikah tu , still ada ''informer'' kasi gambau kat ana .






Cantik kan ?
Bagai pinang di belah - belah . Hahaha :D

Tengah syok layan gambau sahabat nie akad nikah ,
Tetiba adik yang sepatutnya datang ''berkumpul'' kat umah sewa ana , call .
Train dia stuck dekat Segambut . Allah . Jam - jam tu jugak ler train nak buat hal .
Maybe , sebab hujan lebat sangat masa tu kot . Huhu .
Padahal , lagi 2 stesen je dah , nak sampai umah sewa ana .
Ujian . Bertabahlah dik ! Hahaha :D

Ana ingatkan dia tersangkut kat situ dengan lagi sorang sahabat .
Ghopernya , dia sorang je . Yang lagi sorang pulak ,
Masih di rumah , sebab tak dapat nak keluar ke stesen KTM . Teksi nan ado .
Alamak aiii . Memacam hal . Haha :D
Nie cite dia , esok pepagi memang kena pergi ke rumah sahabat tu pulak lah di Serdang dulu .
Huhu . Kasihan drebar . Nasib ana takde lesen . Kalau ada , ana dah pergi dah amikkan .

Dalam perangkaan , sepatutnya kami akan gerak dalam pukul 1pagi macam tu .
Tapi , sebab drebar nak tidur lagi , hold ler kejap perjalanan tu .
Mungkin , gerak dalam pukul 2.30pagi .
Sekali , amikkk ! Pukul 3.30pagi baru gerak . Kahkah :D
Sape suh bagi kami tido ? Memang bantai tido bebetul lah cite dia .
Walau masa bangun tu , macam jammed otak dibuatnya .

Lebih kurang lah dalam pukul 3.30pagi ,
Baru kami gerak ke Serdang .
Bila dah sampai situ ,
Eh ? Macam kenal lah tempat nie .
Ghopernya tempat salah sorang fessi yang sekali berprogram hari tu .
Patut macam familiar je nama tempatnya .

Tapi , dalam familiar namanya ,
Abis melarat jugak kami sesat mencari tempat tinggal sahabat nie .
Nak marah , dia pun baru je seminggu kat situ .
Jadi penyudahnya , gelak jelah . Hahaha :D

ALHAMDULILLAH :)
Jumpa jugak umahnya . Ingatkan kot tinggal je kang . Kahkah :D
Bila dah jumpa , ayuhlah bergerak ke Kuantan , Pahang . Hoholiau .

First planning , kami pergi kampung sahabat dulu di sana .
Sebabnya , dia pun nak join adventure ke kenduri walimah tu .
So , singgah kampung dia dulu .
Bila sampai sana , oh my Allah !
Bulat betul anak dia . Ketul - ketul badan , macam Malik @ Aaron Aziz . Hahaha :D
Tapi , bila nangis , lembut je suara . Feminin habis .
Sangat tak sesuai . Hahaha :D



Lepas dari sini , kami bergerak ke rumah otai PSSI pulak .
Lama gila tak jumpa dia sekeluarga .
So , kita check in sana pulak . Huhu .


Lama jugak kami ''lepak'' kat sini .
Siap makan , minum , mandi , borak , sume settle . Hahaha :D
Kelakar je tengok anak - anak Akhi Sham nie , usik anak Adilah .
Mujur tak mati je kena cekik dari belakang . Hahaha :D

Kami gerak ke rumah pengantin , lepas je azan zohor .
Dah alang - alang masuk waktu , baik kami pergi solat dulu kat Masjid .









ALHAMDULILLAH :)
Sampai pun . Dah susah - susah sampai ,
Baiklah kita layan selpie sekeping dua . Takpun , berkeping - keping .
Hahaha :D

Jam nak balik tu , baru perasan ada beberapa sahabat poli yang lain .
Budak - budak KAMSIS ghopernya .

Ingatkan , lepas je dari kenduri nie ,
Nak pergi jenjalan kat bandar Kuantan .
Sekali , ada sahabat yang ada hal malam nie kat Ipoh .
So , nak tak nak , kena gerak ke Ipoh lah .

Dalam perjalanan nak ke Ipoh tu ,
Masuk je Tanjung Malim - Behrang ,
Jalan jammed . Alamak ai .
Tak sempat sahabat tu nak sampai jam yang dia nak .

Kami sampai ipoh lebih kurang dalam pukul 9malam .
Lepas je hantar sahabat yang ada hal tu kat Ipoh ,
Kami yang lain pergi melantak dulu lah kome ! Lapau kot .
Kami pergi Dataran . Nak cari apa lagi , Bihun Sup Mak Endah lah . Hohoho :P
Lama tak makan bihun sup Mak Endah nie . Hari tu datang , dia tutup .
Kali nie , baru dapat makan .

Yang bestnya kalau kami turun @ datang Ipoh ,
Tak yah serabut perut nak check in kat mana .
Mesti kami minta izin check in kat sekolah sahabat di Tambun .

Senang ada ramai sahabat nie . Jam nak minta tolong , jam tu jugak dapat .
Nampak tak , macam mempergunakan sahabat ?
Hahaha :D

Lama betul tak datang rumah warden deme tu .
Dah makin cantik sekarang . Selesa betul !
Buat sahabat yang bagi menginap , syukran yaw ! Moga Allah membalas dengan kebaikan yang banyak . InsyaAllah , Aamiin :)
Tapi , kesian pulak dekat sahabat muslimin .
Deme dapat tido kat surau je .
Bilik stor yang ada tilam - tilam dalam tu , berkunci pulak . Huhu .
Bertabahlah kome !

Okay , settle cerita kat Kuantan - Ipoh .
Nanti sambung Ipoh - Selama pulak . Lapau dah nie .
Gerak dulu ! Bubbye !