Wednesday 11 May 2016

. Kuantan - Ipoh - Selama ( Part 2 ) .

Hari nie , baru boleh sambung balik Part 2 .
Ate , sibuk bebenor . Nie pun ada koje lain sepatutnya . 
Tapi , up dulu lah blog nie . Nanti tertunggu - tunggu pulak kome !
Chewaaaaahhhh ! 

Pepagi 1hb tu , kami bercadang nak pergi ziarah beberapa orang pensyarah sekitar Ipoh . 
So , antara rumah pensyarah yang kami terjah ialah ....................................

TARRRRAAAAAAAAA !!!

Comel je gambau nie . Macam big family . Tapi , gegau pulak . Aish , tangan sape lah yang tak bedung nie . Hahaha :D
Seawal pagi , kami dah ''mencemar duli'' ke rumah Encik Mizan .
Hamik ! Rasakan . Sape suh terima kunjungan hormat kami . Heeee :D
Anyway , seronok bila jumpa Encik sekeluarga . Lama betul tak jumpa .
Tau - tau , rumah dah makin cantik , anak pun dah tambah sorang . Eh ?
Hahaha :D
Dah alang - alang kami jumpa Encik nie ,
Kami korek lah sikit - sikit perkembangan bumi PUO . Rindu betul kat PUO .
Walau bukan ada sape pun kat situ . Maybe , rindu kenangan yang pernah lalui kat situ .

Kepada En.Mizan , Terima Kasih sebab sudi terima kunjungan hormat kami .
Siap cantik ada pakej sarapan lagi . Pakkal takde kambing golek BBQ je . Hahaha :D

Lepas je dari rumah En.Mizan nie , kami beransur ke rumah En.Rizan .
Salah sorang pensyarah dekat PUO jugak . Kami nak tengok baby kembau dia sebenarnya .
Tapi , En.Rizan dah maklumkan awal - awal yang dia takde kat rumah .
Isteri dia dengan anak - anak je yang ada .
Pun bolehlah encik . Sebab kenal juga dengan isteri dia . So , takde ler rasa janggal sangat kejap lagi .

Disebabkan En.Rizan takde sekali , so segan sikit lah nak selpie dengan isterinya je .
Tak dapatlah gambau disisipkan dalam memori handphone . Memori kepala jelah cite dia . Huhu .

Lepas je dari rumah En.Rizan , kami ke Tambun pulak .
Menghadiri walimah pasangan kembau dari KUISAS .

Tu dia pengantin . Sempoi habis bak hang . 

Nie lah sahabat kami . Tapi , ana lagi rapat dengan  pengantin perempuan tu , Kak Hijriyyah . Pengantin lelaki , kenal gitu je . Huhu


4 pasangan sebenarnya pengantin nie . Sahabat kami , yang kembau tu . 
Masa kami sampai situ , ana terbisik dalam hati , kejap lagi mesti ada wartawan datang nie .
Yelah , 4 pasangan adik beradik buat walimah serentak .
Sekali , bila kami dah balik .......................................


Memang betul ada wartawan yang datang . Cara lah kak ! Hahaha :D

Masa ana whatsapp Kak Hijriyyah nie , bagitau pasal wartawan datang ,
Dia kata , tulah .. rugi kami balik dulu . Kalau x , boleh masuk berita sama - sama  .
Hahaha . Boleh sangat kak ! kompom kalau kami masuk , tenggelam pengantin :P

Kami memang tak boleh lelama kat situ . Sebabnya , nak kejarkan ke Selama pulak .
Nie pun , mesti lewat sampai nanti . Huhu .

Alhamdulillah , sampai jugak . Walaupun pengantin dah kelam kabut nak pergi fhotoshoot kat luar pulak . 

Sempat juga selpie sekeping ngan Kak Shira . Cantik betul :)

Kesian gambau deme . Rosak sikit , tertutup dengan jari ana . 
Masa kami sampai kat kenduri Kak Shira nie , dah tak berapa nak ada orang .
Yelah , dah pukul 3petang . Orang kampung mesti dah ramai balik dah .
Tinggal jelah kami dengan beberapa ketul lagi manusia .
Tapi alhamdulillah , sempat juga sembang dengan Kak Shira dan mak dia .
Tak sangka , mak Kak Shira ingat lagi ana .
'' Nie kawan yang kat ipoh tu kan ? ''
Ana pulak yang blur kejap .
'' Err , kawan kat Ipoh ? ''
'' Yelah , yang masa mak cik datang rumah Shira time dia konvo hari tu ''
Owh , yang konvo . Baru clear . Ate , jauh benor mak cik throwback . Lupa sudah . Hahaha :D

Lepas je dari walimah Kak Shira nie , kami plan nak ke Zoo Taiping pulak .
Ntah apa yang best pergi zoo ntah , ianya juga tersenarai dalam tentatif kami .
Hahaha :D So, ayuhlah kita mengerakkan diri ke sana .

Yeayyy ! Sampai zoo ! :) Kurang asam gajah belakang tu . Bagi bontot kat kami ! -.-
Uncle tu dalam cubaan nak join tengok peta kami . Sibuk je . Pi lah cari sendiri . Hahaha :D
Mula - mula masa sampai kat Zoo Taiping nie , kami ingatkan tak boleh masuk dah .
Sebab jam lagi beberapa minit nak masuk pukul 6 petang .
Kata Kak Farhana ( alumni PSSI_PUO ) yang kebetulan ada koje kat situ , selalunya pukul 6petang dah tak boleh masuk . Sebab dia open untuk Night Safari pulak .
Takpe , pape pun , kita tanya dulu . Mana tau , rezeki .

ALHAMDULILLAH :)
Boleh je masuk . Cuma kena keluar pada atau sebelum pukul 7.30malam .
Okay , cantik ! Ada sejam setengah lagi masa untuk melawat . Melawat ''saudara'' . Hahaha :D

Masa beli tiket nie , sahabat kata , kalau anak Perak , dapat diskaun .
Sekali , HARAMMMMM ! Nan ado ! Yang diskaun hanyalah bagi penduduk Selama dengan apa ntah . Lupa pulak -.-


Burung nie , pandang tempat lain mulanya . Sekali bila panggil dia ajak selpie , anjat Mak ! Bulat betul mata dia . Hahaha :D

Pemalas lah singa nie . Sardin je bersidai kat situ . Bukan nak datang dekat dengan ana . 

Nie beruang apa ntah nama dia . Lupa lah . Best tengok dia jalan . Terkelepek kelepek tangan kaki dia . Hahaha :D

Baru ingat nak selpie ngan Giraffe . Sekali , dia kunci tempat khas tu . Tempat untuk tengok dia dengan lebih dekat . Penyudahnya , zoom jelah dari jauh . Hoho . 

Geli tengok badan badak sumbu nie . Licin habis . Bak kata orang , flawless gitu . Auww ! Hahaha :D
Gambar nie , antara kekeliruan maklumat nak amik cara macam mana @ memang ana tak tahu nak amik . Hahaha :D Nasib kau lah dik ! 





Dalam banyak - banyak binatang , yang nie paling sadis . Kesian kesian . Nie cubaan mogok yang terlalu @ bagaimana ? Cakap dengan pokok kome ! Sumpah kesian . Hahaha :D Meh kat Mama meh ! Kahkah :D

Dalam kata tak banyak gambau yang diamik tu , banyak juga sebenarnya .
Baru perasan . Nasib ler .
Dapat juga ler karang satu dua tiga ayat . Hahaha :D

Okay , settle part 2 .
Malas nak taip panjang - panjang .
Sambung nanti lah pulak Part 3 . Wakakaka :D

Okay bye !

No comments:

Post a Comment