Sunday 5 June 2016

. Annual Dinner BRIINFO .

Fuhhh ,  lamanya lahai tak update blog nie .
Minggu lepas punya cite . Tapi , rinie baru nak up . Kihkih :D

Jumaat yang lalu - 27 Mei , ana terlibat dengan program di Putrajaya .
Tapi , dalam masa yang sama , ada Annual Dinner opis pulak dah . Hamikkk !

Disebabkan dari pagi udoh berprogram ,
So cite dia , memang takde ler nak sesiap lebih - lebih .
Sauk jelah mana ada . Heeee :D

Program di Putrajaya tu sepatutnya sampai 10malam .
Tapi , disebabkan kami memasing nak pi Annual Dinner nie ,
So , kasi peluang kat orang lain handle jap malam tu .
Kami apa lagi , '' Cabutttttt !!! '' Hahaha :D

Saujana Ballroom Hotel , Puchong

Taraaaaaaaaaaaaa !! Udoh nyampai .
Yeppppyyy :D Makan free kome !

Sampai je kat sana , dah nak dekat pukul 8 malam .
So , solat maghrib kat surau situ je .
Bila masuk je surau dia , Perghhh !! A+ kome !
Udoh macam master room je . Sume ada . Takmo kalah . TV pun ada .
Cuma katil je xde . Kalau ada , pakat dah tak turun Ballroom dia dah . Baik landing dalam nie .
Hehe :D

Bersama budak Tomato ! Mok ! Hahaha :D Satu - satunya BFF kat opis .
Tapi , nanti dia xde dah . Alaaaaaaaaahh . 
Welpieeee ! Tak cukup korum lagi sorang nie . Heeee :D

Nie adalah sajian pertama . Masa mula - mula dia bawak masuk tu , alamak aiii ,
Pe benda menatang nie ? X pernah tengok pun . Hahaha :D
Yang cucuk dengan lidi tu , ayam . Tawar habiaqqq .
Pehtu , yang warna ijo tu , adalah isi ketam sebenarnya . Dia salut dengan beras macam inang - inang ( orang Melaka mesti tau inang - inang tu apa ) . Yang isi ketam nie sedap . Gred A+ . Haha :D
Yang lain , ada kuew tiau dia campur dengan mempelam / mangga . Masam masam sikit rasanya .
Tak berapa nak go sangat bila makan . Haha :D


Sajian kedua . Yang nie best . Sebab semua yang ada dalam piring tu ,
Semua ana suka makan . Hahaha :D
Ada scalop , ada brokoli , ada kacang macadamia .
Sedap betul kacang tu . Dah lama tak makan . Mahal kot kacang tu .
Ana siap pau kakak sebelah punya piring . Sebab dia x lalu nak makan .


Tudiaaaa !!! Ce teka pe menatang tu ?
Itik kot ! Itik goreng bersama fruit salad . Sedaapppp jugak bila bagi kat ana . Hahaha :D
Cuma daging itik nie , liat sikit . Mujur tak cabut je gigi masa makan .
Kalau sape yang pakai polident , kompom tertanggal . Kahkah :D
Tak ramai jugak yang makan itik nie . Semua pakat menjeling je dan ratah fruit salad tu je .

Yeayyyy ! Dapat hadiah ! Tak sia - sia datang . Haha :D
Tengah - tengah dok kokang udang goreng ( lupa nak amik gambau - sebab sedap sangat ) ,
Tetiba nombor cabutan bertuah ana kena annouce . Eh ? Macam kenal je nombor tu .
Dengan mulut penuhnya , tak sempat telan , laju je menapak atas stage . Hahaha . Sikit punya tak sopan .

Disebabkan macam ''jakun'' dapat hadiah , kita layankan kejap ,
amik gambau sambil duduk atas dia . Hahaha :D
Bengangnya budak Tomato @ Fieza tu , tak dapat hadiah .
Yeaaayyy ! Padan muka dia . Hahaha :D


Ana ingatkan , ana je dapat . Wakil dari BMQ . Sekali , Eh ? Dia pun dapat jugak .
Takmo kalah tu kome ! Dapat Microwave . Untungggglah . Hoho .


Menu second last . Dari awal , budak meja ngan ana nie , bising - bising nak nasi . Nak nasi .
Sebab memasing tak boleh terima sajian malam tu .
Sekali , hamikk !! Tu dia nasi goreng . Sekali dengan cendawan dan sawi dia bagi .
Tapi , masa nie memasing dah full tank . Memandang je cite dia . Hahaha :D


Menu terakhir . Bubur kacang dengan kuih apa ntah dalam tu .
Bila gigit kuih tu , dalam dia ada isi pahit . Macam biji kopi . First time makan .
Tak best . Hahaha :D
Masa nie dah bangun pun . Sebab nak amik gambau reramai .

Tak cukup korum . Akhi Hamid dah balik masa nie . Bertiga jelah cite dia . Huhu

Selpie dengan deme pulak . 
Gambau nie macam bahaya pulak kalau sekali tengok . Nampak ana rapat nau dengan Amir tu . Padahal , jauh lagi sebenarnya . Mungkinkah trick camera  ? Hoho . 

Selain Water Dispenser , ada ler seketul nie hah sebagai kenangan . Kenangan pernah ''berkhidmat'' di sini . Chewaaaaahhh , ayat macam nak benti keje je cite dia . Hahaha :D

ALHAMDULILLAH , walaupun tak sampai 6 bulan koje kat company nie ,
Dah ada pengalaman attend annual dinner + dapat cabutan hadiah besau gabak .

ALHAMDULILLAH , pengalaman yang menarik untuk dikenang :)
Maceh ! Lain kali , mohon undang ana lagi :D

No comments:

Post a Comment