Sunday 20 March 2016

. Rezeki Dari Langit .


Lamanya tak update blog . Sampai tak tahu nak mula dari mana .
Sebab aktiviti yang bersusun , tak menyempatkan diri untuk menulis .
Lebih banyak di FB , sebab lebih mudah dan cepat .
Kalau kat blog , kena update panjang - panjang .
Baru umpph ! Hahaha :D

Ana mula yang dapat interview nie lah ea :)



16hb hari tu , masa tengah program dekat Masjid Besi ,
Tiba - tiba dapat mesej dari ibu . Ibu suruh Call ibu balik .
Sebab sebelum tu , ana tutup handphone sebab tengah charge .

Bila buka je handphone , menderu - menderu mesej dari whatsapp masuk .
Tapi , sebab nampak SMS dari ibu dulu ,
Tak sempat nak bukak mesej whatsapp yang lain , laju je dail number ibu .

Berdebor - debor tunggu ibu angkat call .
Sebabnya semalam pun bila handphone off ,
Dapat mesej dari kakak , yang ayah jatuh dari syiling masa buat kerja pembersihan di opis kakak .
Ingatkan , bila dapat mesej hari nie ibu suruh call ,
Ada bersangkutan dengan kes ayah semalam .
Tu yang berdebornya lain macam .

Sekali , bila call ibu , kemain semangat ibu cakap .
Kemain lagi suara ibu , tercungap - cungap kegembiraan nak terangkan berita gembira nie .
Siap minta ana teka apa dia .
Ana nak teka ? Memang tak lah . Otak tengah jammed time tu .
Baru lepas tengokkan adik - adik nie memanah .

Ghoper - ghopernya , dapat tawaran interview as Penolong Jurutera di Majlis Daerah Batu Gajah .
Terkejut kejap . Sebabnya koje tu , ana dah lama minta . Tengah bulan tahun lepas kalau tak silap .
Ingatkan , jawatan tu dah dimiliki oleh sesiapa .
Ghopernya , baru nak buat sesi interview .

ALHAMDULILLAH , rezeki dari langit .
Walau tak pernah letak harapan yang tinggi .

Ekceli , borang tu pun bukan ana yang g beli .
Beli dari salah seorang sahabat je . Sebab dia rasa dia tak layak untuk nak mohon .
Nie cite dia kalau ana dapat , ana kena belanja dia makan lah . Hahaha :D

Bila dah 2-3 hari nie berlalu berita pasal interview nie , baru ana ingat ,
Ana macam ada bernazar sesuatu lah kalau ana dapat jawatan nie .
Hampir terlupa . Hehe . Bahaya nie kalau lupa .

Dan bila dah berlalu 2-3 hari nie ,
Baru ana ingat juga hari sebelum ibu bagitau ana dapat interview nie ,
Ana ada terdetik sesuatu dalam hati .
Macam ana cakap sebelum nie lah ,
Lintasan hati tu , umpama doa .
Ana baru perasan yang ana lintaskan macam nie dalam hati ,

''Macam mana kalau ditakdirkan ana memang duduk di Batu Gajah ? ''

Hahaha :D Kelakar kan ? Entah macam mana ana boleh terlintas macam tu .
Sebenarnya ada sebab kenapa terlintas macam tu .
Tapi , biar lah menjadi rahsia di antara ana dengan Dia . Huhu :)

Papepun ,
Doakan ana okay ?
Mana tahu , kalau dah memang ada rezeki di situ .
Tak sia - sia lah ana belajar kos nie dulu kat poli .
Dan kalau memang ada rezeki kat situ , maknanya , ana akan kembali semula lah ke bumi kelahiran ana , Perak Darul Ridzuan . Hohoho :P



Dan disebabkan interview yang akan ana lalui tak lama lagi nie ,
Ayuhlah kita merujuk dan study kan diri semula tentang skop Civil Engineering nie .
Satu - satunya buku teks yang sangat berguna sehingga kini .
Betul kata cikgu Rahman masa kat Teknik Brash dulu , pelajar universiti @ Jurutera pun ,
Ada yang akan rujuk balik buku nie .
Kiranya kami nie masa kat Teknik Brash , dah hebat dah . Sebab dah belajau menatang nie dari awal . Kami je yang tak berapa nak perasan dan bersyukur . Hoho :P

Dan bila selak dan cuba nak study balik apa yang ada di dalam buku nie ,
Tetiba rasa rindu lah pulak nak belajar lagi .
Betul juga kata ibu ,

''Zaman sekolah , adalah zaman yang paling menyeronokkan . Satu hari nanti , kita akan rindu nak ke sekolah''

Kepada yang membaca blog ana nie ,
Doakan ana berjaya melalui interview nie dengan baik okay ?
Doakan juga ada rezeki ana kat situ , okay ?
Dan last but not least , doakan ana sentiasa berjaya dan kaya .
Moga Allah turut membalikkan doa itu kepada anda yang mendoakan :)

Sekian ~~


1 comment: