Friday 1 April 2016

. Temuduga .

Semalam , seawal pukul 7 pagi ,
Ana bersama kakak dengan adik , bersiap - siap ke Batu Gajah .
Planningnya malam tu , 6.30pagi nak gerak . Tak boleh lewat walau sekentut .
Tapi , dan benarlah .. kita hanya mampu merancang , Allah jua yang menentukan .
Sekali , pagi tu .. semua pakat terjaga pukul 6.30pagi .
Hah ! Amik kau !
Memang kelam kelibut lah jadinya memasing nak bersiap . Huhu .

Walaupun lewat dari jam rancangan masa bertolak , tetap maintain layan selpie dulu . Handphone lawa kan ? :P Haruslah digunakan dengan sebaiknya . Hoho . 

Sementara kakak tengah fokus memandu , marilah kita selpie berdua . Biorkan kakak tu sensorang dengan keseriusannya . Kihkih :D
Punyalah tak bersedia nak di temuduga ,
Hingga di dalam kete ,
Baru dok kalut nak susun sijil - sijil yang ada .
Hahaha :D

Bila dah sampai tempat untuk ditemuduga tu ,
Jam telah menunjukkan 8.15pagi .
Allah .
Ana sepatutnya berada sebelum 8pagi seperti yang dimaklumkan .
Ini ? Sardin je kan , ana sampai lewat .
Siapa yang interview sape sekarang nie ? Kahkah :D

Dan kerana ana memang mengamalkan kesempoian adalah satu kewajipan ,
Jadi ana pun masuk jelah .. walau jam sudah menunjukkan pukul 8.15pagi .

Bila dah sampai tu ,
Eh ? Kenapa macam tak ramai sangat ea ?
Tak sampai 50 orang .
Around 40 gitu .

Ghoper - ghopernya , ada dua sesi .
Satunya sebelah pagi dan satu sebelah petang .
Haiyyaaa . Padan ler .

Lama jugak ana tunggu kat luar sebelum ditemuduga .
Ada ler dalam sejam suku gitu .
Sempat lah ana nak baca jap surah al-Fath .
Bukan apa , sebab nak lunaskan ''tanggungjawab '' .
Selalunya lepas Subuh , ana jadikan satu kewajipan .
Tak pun Yaasin . 2 surah tu je yang ana cuba jadikan amalan .
InsyaAllah , mudah - mudahan Allah terima dan mempermudahkan urusan ana hari tu .

Baru nak start baca tu ,
Ana nampak penemuduga baru keluar dari bilik mesyuarat nak g sarap dulu .
Sempat lah ana jeling sikit siapa orangnya .
Hoho . Seriau kome !

Dan bila dah tengok siapa orangnya , ana pun khusyuk lah nak habiskan bacaan ana .
Dan masa tang ayat yang ke 18 ,

'' Sungguh , Allah telah meredhai orang - orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu ( Muhammad ) di bawah pohon , Dia mengetahui apa yang ada dalam hati mereka , lalu Dia memberikan ketenangan atas mereka dan memberi balasan dengan kemenangan yang dekat ''

Ana rasa sebak lain macam .
Tambah ayat yang ana bold kan tu + elok masa baca ayat tu , ketiga - tiga penemuduga tu , tengah lalu depan ana .
Ana pun cepat - cepat berdoa , moga Allah mempermudahkan urusan ana ketika ditemuduga nanti dan kalau memang benar jawatan as Penolong Jurutera tu adalah yang terbaik untuk ana ,
Moga ada ler rezeki ana kat situ .

Punyalah lama ana tunggu kat situ ,
Siap macam - macam perasaan dah .
Lapau lah perasaan  yang paling ketara yang ana rasa .
Yelah , sebab tak sempat nak sarap awal - awal tadi kan ?
Amik lah kau ! Terimalah hakikatnya . Hahaha :D

Dan bila lama nau nau ana tunggu tu ,
Sempat jugak mak saudara titipkan pesanan , suh baca 2 ayat terakhir dalam surah Yaasin .
'' Innama amruhu iza arada syai’an ayyaqul la lahu kun fa yakun '' dan 3 zikir dari 99 nama Allah . 

ALHAMDULILLAH , mungkin berkat pertolongan Allah , 
Masa ana masuk dalam bilik mesyuarat tu , ana rasa sangat tenang walau jawapan yang ana bagi macam tak berapa nak bertenang . Hahaha :D

Mana taknya , sebelum tiba giliran ana ,
Ana dengar ada seorang yang keluar dari bilik mesyuarat tu kata , 
Dia ada tanya pasal piling . 
Allah . Allah . Allah . 
Piling memang ana tak study langsung . 


 

Ana sempat study pada cement dan traffic light je .
Dan ALHAMDULILLAH , soalan tang cement tu yang keluar .
Tak sia - sia study . Heeee :D

Kekdah penemuduga nie ,
Deme panggil 3 orang terus setiap kali masuk .
So , sementara nak masuk dalam bilik mesyuarat tu , petugas yang ada kat luar akan susun kami dulu dekat bangku yang berdekatan .
Tup - tup , masa ana duduk dekat kerusi yang tiga tu ,
Ana duduk sebelah senior PUO kome !
Paling tak sangka , akak tu adalah sahabat rapat kepada Sunbear , senior ana , masa ana praktikal kat Ipoh dulu .
Alahai , keciknya dunia ea ?
Pi Mai Pi Mai , Tang Tu jugak :D
Jadi , ayuhlah kita menselpiekan diri :)


Dan pertemuan ini jugak menjadi asbab ana bertenangnya buat kali kedua .
Yelah , bila dah dapat ''geng'' nie , rasa selesa lah sikit .
ALHAMDULILLAH :)

Jadi , bila masuk dalam bilik mesyuarat tu ,
Firstly , penemuduga tu .. minta kami letakkan IC dan file sijil - sijil dekat meja yang deme duduk .
Kemudian , deme tanya kami dengan soklan - soklan begini :-

1) Terangkan secara ringkas , biodata @ tentang diri kita
2) Aktif tak dengan badan NGO @ sukan semasa di kampus @ sekolah dulu ?
3) Di antara Najib dengan Mahathir , siapa pilihan anda ? ( Soklan nie , ana macam cannot go sikit . What ? Kena pilih antara dua tu ? Errr , boleh dok kalau dedua ana tak mo pilih ? Hahaha :D )


Lepas abis soklan tu ,
Ana ingatkan dah habis dah .
Sekali , yang lagi sorang pulak bertanya 3 soalan .

1) Bancuhan cement terbahagi kepada 3 bahagian . Terangkan nisbah apa yang ada + apa bahagian setiap nisbah tu .
2) Negara kita terbahagi kepada beberapa bahagian . Berikan salah satu bahagiannya .
3) Sebutkan kaedah untuk membancuh cement ( Soklan yang nie , kami tetiga blur kejap . Sebab masing - masing tak berapa nak jelas dengan soklannya . Sekali bila dia bagitau apa yang dia maksudkan , kami macam ... What the fish ! X pernah belajar pasal tu okay ! =.='' )

Habis je dia jelaskan apa yang dia nak sebenarnya tang soklan ketiga tu , dia siap kata ,
Ada yang tak puas hati x ?
Nak je jawab ya . Tapi , apakah ?
Al - redha jelah . Itu jauh lebih membahagiakan . Kihkih :D

Habis je interview tu ,
Ana terus call ayah .
Cite sekian sekian . Yelah , anak ayah katakan .
Haruslah disampaikan terdahulu pada ayah .

Tapi , pape pun ALHAMDULILLAH .
Dah selamat pun ditemuduga .
Berapa kali ana susah nak tido dan sakit kepala nak hadap hari temuduga nie .
Entah apa kena penangannya , sampai macam tu sekali ana lalui .
Laka - laka je . Hahaha :D

InsyaAllah , kalau dah memang ada rezeki kat situ ,
Walau macam mana ada '' tangan - tangan '' yang menghalang ,
If Allah berfirman '' Jadilah ! ''
Maka , jadilah sesuatu itu .
Dan begitulah sebaliknya .

Baideway , terima kasih kepada yang mendoakan ana .
Sesungguhnya , hanya Allah yang selayaknya membalas doa - doa dan perhatian anda ,
Dengan kebaikan yang banyak .
InsyaAllah , Aamiin :)


2 comments: