Monday 4 April 2016

. Berbelanjalah dengan Bijak .

Kecoh hari nie FB diviralkan dengan kisah Tudung Fareeda .
Kecoh kerana ada penyebaran video rakyat Malaysia sanggup beratur semata nak dapatkan koleksi tudung Fareeda yang terbaru .
Serasa ana , mungkin harganya mencecah dalam ratusan ringgit per helai .

Tersenyum ana melihat video tersebut .
Sebelum nie , ana pernah baca satu blog akak nie .
Dia tersangat suka membeli tudung Ariani dulu .
Dari mula berjinak - jinak pakai , sampai beli hingga tak terpakai .
Semata nak penuhkan koleksi tudung Ariani nya .
Dan sekarang , koleksi tudung - tudungnya , dah dilegokan kepada adik beradik dan saudara mara .
Sebabnya , akak tu dah lebih memakai serba serbi hitam .
Jarang dah nampak dia pakai warna selain tu .

Dan kata akak tu lagi , peminat nie ada dua jenis kategori sebenarnya .
Pertama , beli memang nak pakai .
Tak kisah berapa nilai harga yang dijual .
Kedua , beli semata nak ikut trend .
Ujung - ujungnya , tak pakai pun .
Ataupun , pakai sekali , lepas tu , dah tak pakai dah tudung tu .

Ini namanya SIKAP .
Sikap untuk merasakan puas atas sesuatu sebab  .
Contoh macam seseorang yang nak beli handphone lah .
Handphone , pada mulanya boleh menjadi satu barang yang diperlukan  .
Tapi , ianya boleh menjadi satu kehendak dan bukan lagi keperluan ,
Bila jam nak beli tu , tetiba nak beli Iphone 6S .

Eh ?

Dan bila tengok video yang sedang diviralkan tu ,
Yang dok beratur , berhimpit - himpit tu ,
Bukan dia x boleh nak beli esok - esok ,
Tapi sebab nakkan jugak menatang tu ,
Berhimpit pun xde hal .
Skip koje kejap pun xde hal .
Yang penting , dapat . Itu menjadi satu kepuasan dan kejayaan yang begitu membanggakan .

Tapi , bila berbicara tentang bisnes ,
Video yang sedang diviralkan ini juga sebenarnya adalah salah satu trick perniagaan .
Orang panggil , memfofularkan barangan dengan sesuatu isu yang sengaja dimuat naikkan .
Memang apa yang diviralkan itu nampak tak baik .
Tapi , dengan tak sengaja , produk @ barangan yang dijual , sikit sebanyak telah menjadi perbualan .
Orang yang tak pernah dengar , rasa teruja nak tau apa benda yang sedang diviralkan .
Orang yang tak pernah beli , rasa nak pergi tengok macam mana menatangnya .
Tu belum pembeli tegar yang memang akan back up pengeluarnya .
Tu belum lagi termasuk mereka yang dibayar untuk mengwar - warkan isu nie .

Tapi , apa yang ana belajar sebelum sebelum nie ,
Matlamat tak akan pernah menghalalkan cara .
Niat memang bagus , nak memajukan perniagaan .
Tapi , membiarkan mereka @ pelanggan berhimpit himpit lelaki perempuan ,
Itu SALAH .
Mengeluarkan sesuatu produk yang tidak mengikut etika pemakaian syariat Islam ,
Itu juga SALAH .
Benar , anda meniaga . Bukan berdakwah .
Tapi , apa lah salahnya dalam meniaga tu , anda selitkan @ suburkan nilai - nilai dakwah .
Paling tidak , tiapkali mereka memakai barangan tersebut ,
Anda terpalit sama saham pahala dari mereka .
Nampak macam remeh .
Tapi , jika dikira dengan peratus yang membeli , berapa dah saham yang anda kumpul secara tak sedar ?

Ana juga dari dulu minat untuk menceburi bidang fesyen dan perniagaan ini .
Ini kerana , ana melihat peluangnya besar .
Tapi , sedari awal juga , ana sentiasa diingatkan oleh seseorang supaya berhati - hati dalam mengeluarkan @ mengsyorkan sesuatu kepada pelanggan .
Tambahan lagi , dalam isu yang sensitif macam nie .
Tak salah nak berfesyen .
Kerana Islam tidak begitu jumud untuk menghadkan fitrah sebagai seorang manusia yang cintakan kecantikan .
Sedangkan Allah itu Maha Cantik dan Allah juga sukakan kecantikan .
Tapi semoga cantiknya kita itu , dalam bersama mengapai redha Tuhan :)

Nie semua tudung yang ana beli kain dan jahit sendiri . Jimat memang tersangat lah jimat , ana puas hati dapat pilih material dan jenis kain yang ana suka dan kepuasan labuh mana yang ana nak pun , ana boleh dapatkan . Still nampak cantik juga bukan ? 

Dan ana difahamkan , video yang sedang hangat diviralkan itu juga , adalah bertitik tolak dari pertandingan nie .



Tak mengapa . Masing - masing sebenarnya dah terlalu besar untuk menilai yang baik dan buruk bukan ?
Ana doakan anda yang membaca blog ini , sentiasa berjaya dan kaya , dunia dan akhirat .
InsyaAllah , Aamiin :)

p/s : Mana yang nak tudung macam ana dapatkan , boleh PM tepi . Ana tak jual beratus okay ! Harga mampu milik :)

~ Sekian

No comments:

Post a Comment