Wednesday 24 February 2016

. Tasik Cermin .

Bulan 1 tahun lalu , ana plan bersama salah seorang adik merangkap sahabat serumah sewa ,
Nak buat satu gathering bersama alumni PUO .
Disebabkan gathering itu di dalam perangkaan bukan biasa - biasa ,
Jadi , kami bercadang untuk mencetuskan sesuatu yang bukan di luar kebiasaanya .
Hah gitu .

Lalu , kami pun mengigihkan diri mencari tempat - tempat yang menarik di sekitar Ipoh .
Akhirnya , kami menemukan sesuatu yang tak pernah lagi kami tahu .
'' Tasik Cermin '' kome !
Pergh , seriously macam tak percaya ada tempat macam tu .
Sejujurnya , hampir lebih 6 tahun ana belajar di Ipoh ,
Tapi , tak pernah tahu akan tempat tu .

Jadi , kami pun buat research dengan jayanya .
Sehabis baik kami cuba mendapatkan rangka perjalanan untuk ke sana .
Setelah berjaya menemukan beberapa maklumat yang kebanyakkannya kami dapat dari blog ,
Lalu ...........................................


ALHAMDULILAH ! Sampai pun kami di sini :)

Nampak tak gua tu ?
Gua tu , adalah pintu masuk sebelum menghala ke Tasik Cermin .

Okay , begini ceritanya kalau kome nak ke sini .
Kome tau tak Kedai Makan Limau Bali @ Jalan nak ke Botani ..?
Sebelum simpang ke Botani , kome akan jumpa ISUZU @ ACM nie di sebelah kiri .

   ( gambar dari blog lain . Ana tak sempat nak amik gambar kat depan nie dek kerana excited nak masuk dalam . Hahaha )


Ini lah mukadimah kepada laluannya . Kome kena masuk yang tang lorong tu .
Di sepanjang lorong tu , kome akan temui signboard ke Kuil .
Teruskan perjalanan tapi AWAS ! Tasik Cermin nie sebelum kuil tu okay !

Bila kome dah melalui jalan nie ,
Land mark dia bila kome nak dekat sampai dengan Tasik Cermin nie ,
Kome akan jumpa menatang nie .

         ( gambar dari blog lain juga . Hahaha )

Rare tak rare ? Hahaha :D
Kami pergi naik motor tau ! Blogger lain banyak cadangkan naik kenderaan 4x4 .
Tapi , kami naik motor je kome ! Skuter pulak tu . Sikit punya kecik tayar , ana g kasi balun lalu jalan berbatu macam nie . Hahaha :D

Masa kami dah sampai area nie ,
Kami masing - masing macam dah goyang jugak lah kan .
Bior bebenor ada Tasik Cermin dekat area tempat macam nie .
Tapi , sebab masa kami do research , kami memang ada jumpa gambau - gambau cenginie ,
So , kami layankan aje .

Cumanya , masa kami sampai sini , deme tengah dok berkuari . Hahaha :D
Ramai nau mamat bangla kat situ . Seram lah jugak . Hoho .
Yang lagi menambahkan keseraman , bila kami nampak ada beberapa ekor anjing .
Aduyyaaaiii .

Tapi , syukur ALHAMDULILLAH .
Akhirnya , kami jumpa juga pintu gua tersebut .
Excited betul kami . Macam jumpa harta karun . Hahaha :D

Masa kami jumpa pintu gua tu , ada sepasang pasangan Cina pun nak masuk ke situ .
Sedikit lega . Baru nampak macam ada juga yang datang situ .
Ingatkan betul - betul tempat jin aprit bertendang .
Dan ana ingatkan , kami di antara golongan manusia yang berkawan dengan jin . Hahaha :D

Bila dah jumpa pintu gua tu ,
Tiba - tiba macam drama ler pulak .
Gerimis mulai turun . Jadi , kami kena segera bertindak lah . Hoho :P
Cover siap - siap helmet yang kami gantung kat motor supaya tak bertakung kejap lagi .
Kang , ada cite dia jadi akuarium tak rasmi . Hahaha :D

   ( gambar dari blog lain juga . Hahaha )

Inilah guanya . Panjang dalam 50meter . Gelap tau !
Tapi , disebabkan kami ada standby torchlight , so , keyakinan untuk masuk ke dalam nie ,
Agak yakin lah . Hehe :D
Cumanya , sebab kami hanya menyuluh di depan , kami tak tahu apa yang berlaku di bawah .
Entah apa kami pijak dan langgar . Hahaha :D


Akhirnya !!!!!!!!!!!! This is Tasik Cermin okay !

Ana dah rasa macam Puteri Tasik Cermin pulak :P
Ate , termasuk tema one set warna ijo . Hahaha :D


Lepas kome melepasi gua tadi tu ,
Kome akan jumpa macam satu jetty .
Idok besau mana . Cenonet je . Boleh lah kalau kome berhajat nak selpie barang sekeping dua .

Masa kami sampai sini ,
Tempat nie penuh berguguran dengan daun daun kering .
Macam dah kurang penjagaan .
Tak secantik masa kami tengok dalam blog .
Tapi , if kome nak juga datang sini , datang jelah .
Paling tidak , bila orang tanya pernah pergi Tasik Cermin tak ?
Idok ler nampak ja alif kun sangat kan ? Kihkih :D

Tapi , maklumat untuk kome yang tak tahu pasal Tasik Cermin nie ,
Sebenarnya ikut sejarah dari Tasik Cermin nie ,
Pintu pada gua nie tadi , ditemui dan digali sendiri oleh pekerja kuari kat sini .
Deme pun tak sangka ada tasik secantik nie .
Once deme dah gali , deme berbudi lah sikit siapkan jetty tu sekali . Hoho .

Kalau dari salah satu blog yang ana baca pulak ,
Ada seseorang yang belajar pasal Geologi nie ,
Dia kata , sebenarnya tempat nie bukan tak mahu dibangunkan sebagai pusat @ tempat reakreasi .
Tapi , disebabkan faktor - faktor keselamatan .
Tasik Cermin nie sebenarnya bekas kawasan batu kapur yang berbumbung ( macam gua lah ) .
Tapi , gua nie runtuh lalu membentuk lah dolines .
Runtuhan tu pula terjadi akibat tindak balas graviti , ground water bersama air hujan .
Kawasan kuari nie jugak berisiko tinggi terjadinya runtuhan batu kapur yang kita tak boleh jangka bila jadinya .
Huhu . Seram tak ?

Sekian ~~

4 comments:

  1. menarik cite2 dalam blog k.senah ni..:)

    ReplyDelete
  2. Boleh memancing tak di situ, ada nampak ikan main tak

    ReplyDelete
  3. Dimana mana ada risikonya

    ReplyDelete