Sunday 21 February 2016

. Mulut .

Semalam , ana bersama sahabat yang lain ( lebih muda dari ana , dalam beberapa tahun ) , bercadang untuk pergi ke program GALA - Aspirasi Seni .

Sepatutnya , kami kena menjadi salah seorang AJK di program tersebut .
Tapi , disebabkan beberapa kekeliruan yang terjadi ,
Ujung - ujungnya , kami tak jadi pun AJK dan hanya datang sebagai pengunjung .

Jadi , bila je sampai pagi tu ,
Banyak benda yang baru nak set up .
Banyak booth yang baru start buka . Dalam dewan pun , xde pape lagi .
Dijangkakan , meriahnya waktu malam nanti .

So , oleh kerana kami dah berkumpul di situ awal - awal dan benda pun macam xde apa lagi ,
Ayuh lah kita bawak diri . Lalu , kami pun bercadang pergi ke Eco Majestic World .
Tempat yang baru - baru ini sibuk diviralkan di FB .

Tarrraaaa ! Cantik kan ?
Banyak lagi gambar yang kami amik kat sini .
Dan banyak lagi ceritanya .
Tapi , xde mood sebab satu insiden .
Next time lah ana update pasal jenjalan di Eco Majestic World nie .
Huhu .



Okay , bila dah puas kami berjalan dan melakukan program selingan lain ,
Kami pun kembali ke program GALA Aspirasi Seni .

Back to the topic .
Masa kami nak balik tu ,
Kami singgah salah satu booth yang jual produk barangan organik .
Dari penjagaan diri ke penjagaan isi rumah dan segala mak nenek .

Masa singgah dekat booth tu ,
Ada seorang akak nie , tetiba cakap macam nie dengan ana ,
'' Yang nie anak ke ? '' ( Sambil dia tunjuk pada seorang sahabat yang berada bersebelahan ana - kecil sikit dari ana )

Oh my !
Anak weiiii ..?
Kalau dia tanya yang nie adik ke ?
InsyaAllah , ana boleh consider lagi . Nie tak , dia tanya yang sebelah nie anak ke ?
Pergh soalan . Sentap kot ! Seriuosly sentap .
Tambah bila dia tanya ana macam tu ,
Ada salah seorang sahabat pula kata macam nie ,
'' Pergh . Anak tu . Kak Senah nampak sangat Kak Senah tua ''

Allah . Allah . Allah .
Hati , mohon kekal kuat dan tabah .
Walau dalam hati masa tu , hanya Allah yang tahu .

Bila ana mula buat reaksi pada muka ( tak dapat terima lah , sebab kata member tu anak ) ,
Kakak yang tanya tadi macam tu , mula cover .
'' Eh tak . Bukan macam tu . Sebab nampak tinggi kot ''

Tinggi ?
Oh , kalau nampak tinggi ,
Yang rendah sebelah ana nie , anak lah ea ?
Err , so clever . Macam tu je dia simpulkan .
Tak beragak kot !

Ana mengaku . Ana memang tinggi .
Tambah lagi hari tu ana pakai sandal yang ada tumit ( sebab itu je yang ada ) .
Lagilah menampakkan ana tinggi .
Tapi , beragak lah sikit mulut tu .

Kita nie , memang macam nie kan ?
Kadang tu , senang je kita kata @ soal orang macam - macam .
Dan apa yang kita kata @ soal tu , kita tak perasan , yang sebenarnya telah menyebabkan orang kecik hati dengan kita .
Dan buat orang yang kecik hati tu , berfikir sepanjang hari dengan kata - kata yang menyakitkan hati itu .
Buat spoil mood okay ! Seriously .

Dulu , masa kecik , ana tak begitu tinggi .
Kalau tengok , mesti bila ana besar nanti , ana dikalangan insan yang pendek @ rendah .
Sampai ibu selalu kata macam nie , '' Kau nie , mesti ikut belah ayah . Pendek bila dah besar nanti ''
Masa ibu cakap macam tu , ana memang tak amik port pun .
Dalam hati ana , alah pe de hal kalau pendek pun . Sebab perempuan , okay je .
Lainlah lelaki kalau pendek . Tapi , if lelaki pendek pun , apa masalahnya ?
Dah itu yang telah Allah takdirkan untuk dirinya .

Mungkin lah kan , kata - kata ibu tu kan doa .
Atau sememangnya ana lebih mengikut baka sebelah ibu ( kebanyakkannya tinggi dan besar ) ,
Maka , ana pun semakin tinggi . Sehinggalah sekarang .
Mungkin masa sekolah dulu , tumbesaran tu masih belum nampak .
Serasa ana , ana masuk tingkatan 4 , baru nampak ana tinggi .
Dan bila ibu tengok ana dah besar nie , ibu sendiri mengakui ana ikut baka sebelah ibu .
Ana tak pendek @ rendah macam sebelah ayah pun .
Malah , dalam kalangan adik beradik perempuan , ana lagi tinggi .
Hingga kalau keluar dengan kakak - kakak ana , orang ingat ana kakak .

Ana sebolehnya cuba ignore je orang yang kata macam - macam nie ,

'' Muka macam mak orang ''
'' Tingginya . Ingatkan kakak ''
'' Matured gila muka ''
'' Panggil ana puan even ana masih title Cik ''

Tapi , ana pun ada hati juga .
Ana pun ada perasaan .
Mana tahan kome , bila asyik kena dengan kata - kata macam tu .
Kadang tu , sampai ana rasa , biar lah Allah balas balik sakit hati ana nie kat orang - orang macam nie .
Selamba dadah je keluarkan ayat - ayat @ persoalan yang boleh buat orang kecik hati .
Ce kalau deme ada kat tempat ana .
Apa yang deme rasa ?

Dan bila ana dapat kata - kata @ soalan macam tu ,
Ana cuba pujuk hati .
Ana cuba positifkan diri balik .
Okay what ana lahir tinggi . Orang luar negara semua tinggi - tinggi dan besar - besar kot .
Keturunan Nabi juga tinggi dan besar .
Dan kalau dulu , kakak ana selalu kata ana layak jadi model , boleh jadi pramugari dan banyak pekerjaan yang ana boleh buat sebab ana tinggi .
Dan yang lagi best tu , bila ana beli baju apa je , especially jubah @ blouse , ana x perlu nak otter okay ! Ana bebas jadi diri ana . Ana boleh pakai terus je . Ngam ngam soi gitu .

Cuma ingatan ana kepada yang membaca coretan nie ,
Siapa pun kita , kita nak cakap apa pun ,
Kena stop dan fikir dulu , betul ke apa yang aku katakan nanti ?

Kindly reminder ,
'' Berkatalah baik atau diam ''

Sekian ~~




'' Cuba letak kaki kau , dalam kasut aku . Cuba kau rasa sendatnya . Dan rasai betapa ketatnya kasut aku . Dengan kasut itu , cuba pula kau berjalan . Rasakan kerikil di tapak kasut aku . Betapa kaca bersepai yang menjamah aku . Dalam kasut aku , kau juga akan lihat dunia dari mata aku . Dan dalam kasut aku , baru kau tahu kenapa AKU MENJADI AKU ''











9 comments:

  1. Biasa la tu.. Tapi pelik betul, kenapa kita nak terasa hati bila orng ckp kta "tua"? Cuba pikir balik. Takut xde yg berkenan? Tkut xcantik? Ataupun tidak dihormati? Tp elok juga orng pnggil kita tua, nampak sangat matang la tu. Peace! ^_^V

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan marah tau.. dia macam ada satu perasaan macam "What? muka aku nampak tua sangat ke?" aaa.. lebih kurang r.. (sebenarnya jeles sebab kawan kita tu nmpak lagi muda dari kita) nampak permainan di situ..

      Delete
  2. Biasa la tu.. Tapi pelik betul, kenapa kita nak terasa hati bila orng ckp kta "tua"? Cuba pikir balik. Takut xde yg berkenan? Tkut xcantik? Ataupun tidak dihormati? Tp elok juga orng pnggil kita tua, nampak sangat matang la tu. Peace! ^_^V

    ReplyDelete
  3. Saya un pernah teman kawan gi bank pastu hakak jaga kaunter tu cakap "kat sebelah tu abang ke?".. pastu terus jawab "Ya, saya single awak..?" hahahahahahahha xde makna lah.. gelak mengekek la kawan saya tu.... Pikir hakak tu lawa je.. hmmmmm

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas komen semua.. :) Fitrah, wanita memang tak suka digelar tua dan sentiasa mahu kelihatan cantik. Disebabkan itu, terhasilnya banyak produk dan segala mak nenek produk kecantikan untuk memastikan mereka sentiasa nampak cantik dan muda. Ia bukan isu nak tiada yang berkenan ataupun untuk dihormati, sebaliknya kerana ianya merupakan satu kepuasan terhadap diri sendiri. Tak salah org nak kata kita sekian sekian. Cuma, ada orang, dia tak boleh nak terima beberapa perkara yang diperkatakan. Contoh, lepas kahwin, badan dia naik mendadak, kemudian ramai mula membuat spekulasi dia sudah berbadan dua dan tak kurang juga ada yang mencemuhnya macam mak cik mak cik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok, terima kasih atas feedback. kadang2 apa yg kita cakap pon (yang kita rasa tak buat orang berkecil hati) tapi boleh buat orang berkecil hati juga. Payah juga nk bercakap mcm ni, kena tambah ilmu seni bercakap la mcm ni. Apa-apa pun mmg dah fitrah wanita mahukan kecantikan tetapi jangan la pula fitrah tu jadi fitnah, pandai2 lah control. ^_^V

      Delete
    2. hehe..betul2..kadang, kita x perasan pun, kata2 kita telah melukakan hati seseorang..mngkin ya, kita perlu bljar ilmu mantik.. :)

      Delete
  5. betul2...jangan dipersoalkan pd seseorang tu akan soalan yg mgkin dia kecik hati..huhu

    ReplyDelete