Wednesday 3 February 2016

. Kelahiran Semula .

4 Februari 2016

ALHAMDULILAH , cukup sebulan ana memulakan pekerjaan di tempat baru ini . Walaupun baru sebulan , macam - macam dah ana belajar .

Kebiasaan soalan yang ana akan terima dari staff - staff di sini , kenapa pekerjaan ini ..??? Yang tersangatlah tidak bersangkutan dengan kos yang ana ambil . Err , macam tak perlu kot kan soalan macam tu . Dah memang rezeki ana kat sini dan buat masa ini . InsyaAllah , siapa tahu pekerjaan ana di masa akan datang . Kot ler dah bertukar ke pekerjaan ''Domestic Engineer'' . Eh ? hahaha :D

Sebenarnya , mungkin ini adalah satu doa yang berbisik . Dulu kan ana pernah cakap , bisikan hati itu terkadang umpama doa . Tup - tup , Allah kabulkan apa yang kita bisikkan itu . Bersyukur dan dalam masa yang sama , rasa nak menangis . Takut lah , terbisik apa yang tidak - tidak nanti . Hahaha :D

Sebulan kerja . Pergi balik kerja macam biasa . Tiada apa yang luar biasa .

Yang luar biasa , bila Allah beri kita masa yang sangat panjanggggggggggggg untuk beribadah dan bercinta denganNya .

Sebulan kerja . Patutnya dah boleh tersenyum panjang dengan gaji yang pertama .
Tapi , ujian di bulan yang pertama .
Akak yang menjaga bahagian akaun nie , tersalah masukkan nombor akaun bank ana .
No wonder lah , 2-3kali ana menapak ke ATM , tak masuk - masuk lagi gaji .
Nak marah , rasa macam tak pandai pula . Kalau ana marah kejap lagi , kompom - kompom ana yang menangis di penyudahannya .
Bukan boleh marah orang nie . Itu memang bukan skop ana . Hahaha :D

Bila fikirkan balik ,
Ada hikmah semua nie .
Bukankah semua yang menimpa seseorang mukmin , adalah yang terbaik untuknya ..?
Mustahil Allah bagi saja - saja .

Sebelum nie , ana memang xde akaun maybank 2u .
Ini lagi satu kelemahan . Malas betul nak amik tau pasal teknologi nie .
Selagi tak bersangkutan , memang tak lah nak belajar dan pratikkan .
Bila dah jadi cenginie , baru ler mengelupur nak amik tau . Hoho :P

ALHAMDULILAH , bila dah jadi macam nie ,
Baru lah ana belajar buat maybank 2u . Tak susah pun .
Tak payah nak pergi jumpa orang yang kat bank tu .
Tak payaaaaahhhhhh okay !

Sebab sebelum nie , akak ana buat maybank 2u kena masuk dalam bagai .
Tu yang buatkan ana lagi malas nak pergi buat .
Tapi , atas maklumat dari kawan ,
Baru ana tahu . Tak payah nak masuk dalam bagai .
Kome cuma kena pergi mana - mana ATM , dapatkan je nombor pin .
Lepas tu , pakat klik - klik .
Semudah menyebut ABC . Hahaha :D

Ilmu ilmu .









No comments:

Post a Comment