Sunday 21 February 2016

. Rotan vs Gadget .

Hari tu , ada seorang adik minta ana bagi pendapat tentang satu isu ,
'' Rotan vs Gadget '' .
Pergh , sekali pendapat yang dia minta dari ana , bukan calang - calang tu .
Kalau x kena gaya , dengan ana sekali kena kecam . #JanganKecamAna . Hehe :p

So , setelah beberapa penelitian dan pembacaan ana buat ,
Ana konklusikannya di sini .

Tapi , ada baiknya kalau ana pergi pada satu - satu penelitian .
Baru best ! Kan ? :)


Rotan . Siapa tak kenal rotan ?
Tipu lah kalau yang tak kenal . Lagi - lagi yang lahir pada tahun 70-90an bahkan sebelum dari tahun itu pun , pasti tahu apa itu rotan .

Siapa yang suka kena rotan ?
Of coz tiada siapa yang mahu okay . Tiada . Orang gila pun lari kalau kita bantai dia dengan rotan .
Tapi , kenapa kita perlukan rotan untuk mendidik ? Kenapa tidak dengan cara lain ?

Teringat ana pada satu dialog dari filem Anakku Sazali , karya Almarhum Tan Sri P.Ramlee ,
'' Kalaulah 10 tahun dulu bapak pukul Sazali , tentu sekarang Sazali tidak jadi begini .. tetapi sekarang sudah terlambat . Sudah terlambat bapak ''

Ce fikir apa yang Almarhum Tan Sri P.Ramlee cuba nak sampaikan dalam filem nie ?

Bukankah di situ bermaksud , pendidikan seorang anak perlu bersama dengan merotan .
Tapi , bukan sewenang gitu je di bantainya seorang anak .

Tahun lalu , heboh Malaysia bila ada sepasang suami isteri yang tinggal di Sweeden ( Azizul Rahim Awaluddin dan Shalwati Norsal ) , didakwa oleh anaknya sendiri , kerana disabitkan dengan kesalahan merotan .

Istighfar panjang ana membaca dan mendengar dakwaan tersebut .

Benarkah menjadi kesalahan seorang ibubapa merotan si anak ?
Seandainya salah , justeru selepas ini , kita akan saksikan lebih ramai lagi ibubapa yang akan menjadi banduan .

Allah . Ibubapa banduan ?

Gila . Seriously gila kome !

Sedangkan Allah telah menyuruh setiap anak berbuat ihsan terhadap ibubapa mereka dan bukan sebaliknya membuat dakwaan sebegitu .

Tak sangka kan , kita sedang menuju negara 2020 , tetapi negara kita masih dijajah oleh undang - undang yang sama sekali tidak menepati keperluan masyarakat , baik dalam konteks budaya mahupun agama .

Islam adalah agama pendidikan . Islam adalah agama nasihat .

Di dalam salah satu hadis Rasulullah S.A.W bersabda :-
'' Gantungkanlah rotan sehingga rotan itu dapat di lihat oleh ahli keluarga , sesungguhnya itu boleh mendidik mereka ''

Dan dalam hadis yang lain , Rasulullah S.A.W mengingatkan kepada ibubapa supaya menyuruh anak - anak bersolat sedari umur 7 tahun . Dan rotanlah mereka jika masih tidak bersolat setelah berusia 10 tahun .

Masha Allah . Ce tengok kat situ , berapa tahun Islam ''membebaskan'' si anak dengan nasihat ?
Hanya setelah 3 tahun , jika nasihat itu umpama mencurah ke daun keladi ,
Barulah ibubapa ini dibenarkan untuk merotan anak - anak mereka .
Itupun , masih dalam batasan yang telah digariskan .

Di dalam kitab Tarbiah al - Aulad fi al-Islam , karangan Abdullah Naseh Ulwan , beliau telah mengariskan beberapa perkara . Antaranya :-

1) Tidak merotan anak - anak semasa ibubapa dalam keadaan terlalu marah kerana dikhuatiri akan mencederakan si anak .
2) Tindakan merotan buat pertama kali pada si anak , mestilah dalam keadaan perlahan .
3) Merotan hanya dibenarkan sebanyak 3 kali ataupun tidak boleh lebih dari 10 kali kerana dalam satu hadis Rasulullah S.A.W , ada mengatakan '' Jangan merotan seseorang melebihi 10 kali melainkan dalam menjalankan hukum hudud Allah '' .
4) Tidak merotan anak - anak yang belum sampai usia 10 tahun .
5) Ibubapa / penjaga sendiri yang kena merotan si anak dan bukannya mewakilkan pada si abang mahupun si kakak .
6) Apabila si anak meminta dengan lisan agar jangan dirotan buat pertama kali dirinya , ibubapa hendaklah memberi peluang kepada mereka untuk insaf dan berubah .

Lihat ? Betapa Islam itu agama pendidikan dan nasihat .

Itu belum lagi lihat berapa ramai insan yang di luar sana yang sudah berjaya ''dimanusiakan'' oleh ibubapa hanya penangan rotan .
Banyak tokoh - tokoh besar sekarang ini juga pernah merasa betapa ''manisnya kenangan di rotan'' .




Gadget .
Siapa lah yang tiada gadget pada zaman kini .
Rata - rata hampir semua punyai walaupun cuma satu .
Bagus kah ? Terpulang sejauh mana kita mengguna pakai di dalam kehidupan seharian .
Banyak teknologi sekarang nie , bukan tak bagus untuk diaplikasikan .
Cuma , kita yang seringkali tersilap dalam menggunakannya .

Boleh ke anak - anak ini didedahkan dengan teknologi dan gadget sebegini ?
Kita dulu , mana ada kome menatang nie .

Gadjet nie sebenarnya ,
Ada pro dan kontranya .
Tapi , tak perlu cemas bila anak suka bermain gadget .
Apa yang penting , sebagai seorang ibu @ bapa ,
Kome yang penting dalam menyusun aturan untuk si anak bermain .

Mengikut pemerhatian dari Jovita Maria Ferliana , M.Psi , Psikologi dari RS Royal Taruma ,
Untuk anak yang bawah dari usia 5 tahun , seeloknya perkenalkanlah gadget kepada mereka hanya untuk pengenalan warna , bentuk dan suara .

Ini kerana , otak anak yang berusia di bawah 5 tahun , mereka masih dalam taraf perkembangan .
Perkembangan anak akan lebih optimal jika anak ini diberi ransangan secara langsung seperti meraba sesuatu benda , mendengar suara , berinteraksi dengan orang dan pelbagai lagi .


                                            ( gambar sekadar hiasan : Anak Che Ta )



Macam nie . Kan bagus ? Bawak ana ke pantai . Bagi deme pegang dan rasa pasir nie macam mana dan sebagainya .
Sebabnya , if deme nie dah sentiasa didedahkan dengan gadget , fokus deme nanti akan tertumpu hanya pada gadget dan deme mula akan kurang berinteraksi dengan dunia luar .

Untuk sedikit perkongsian bersama , otak kita terbahagi kepada dua bahagian .

Pertama , otak bahagian depan .
Bahagian depan nie , berfungsi untuk memberi perintah dan mengerakkan anggota tubuh badan yang lain .

Manakala untuk bahagian kedua , yakni otak bahagian belakang , berfungsi sebagai penggerak ( di dalam bahahgian belakang nie , ada hormon endorfin yang mengatur pusat kesenangan dan kenyamanan ) .

Oleh itu , kalau ibubapa terus - terusan memberi gadget ini pada anak - anak tanpa pantauan yang sepatutnya , 
Anak ini kemudiannya akan menjadi seorang yang lebih senang dengan gadget dek kerana pola pemikirannya sedari awal telah diprogramkan sebegitu ( fokus hanya pada gadjet ) .

Tetapi , sebaliknya jika anak sudah berusia 6 tahun dan ke atas ,
Ibubapa boleh menambahkan jam dan masa pengunaan bagi anak - anak menggunakan gadjet .

Untuk anak - anak yang meningkat remaja pula ,
Tiada masalah untuk memberikan mereka menggunakan kemudahan gadget ini .
Ini kerana , pada zaman sekarang , anak - anak remaja sudah di minta oleh cikgu - cikgu / para pensyarah untuk mencari maklumat tentang pelbagai hal dan perkara yang memerlukan mereka memiliki sebiji gadget sebagai pemudah cara .

Cuma , sebagai seorang ibu @ bapa , anda perlulah sentiasa mengawasi dan memantau perkembangan anak - anak yang menggunakan gadget ini dari masa ke semasa di samping perlu juga meletakkan prioriti dalam pengunaan gadjet .

Selain itu , ibubapa perlu menegaskan dan menetapkan pada masa sekian sekian dibenarkan menggunakan gadjet dan pada masa sekian sekian pula , tidak dibenarkan untuk menggunakan gadget seperti ketika makan , ketika bersama keluarga , ketika mahu tidur dan sebagainya .

Sekian ~~

2 comments:

  1. terbaik la k.senah..maju terus maju..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..nie sebab atikah lah, minta tolong kt akk..suh buat pasal tajuk nie..hoho..

      Delete