Monday 23 January 2017

. 25 tahun , suku per abad - Part 1 .

Fuhhhh .. setelah "lama" ana tak mencoretkan penulisan di sini , tapi untuk hari nie .. ana nak coretkan sesuatu , sempena ulangtahun kelahiran ke 25 . Mohon izinkan .. 😚😚

Alhamdulillah , dah 25 tahun dah ana kalau mengikut kaledar Masihi . Fuhhh , seriously macam tak sangka ana dah 25 tahun . Ana ingatkan , ana baru 15 tahun . Wakaka 😂😂😂😂 Tambahan , bila ana menghabiskan sepenuhnya masa dengan sahabat masa form 2-3 dulu . Lagilah sangat sangat terasa keremajaannya . Hihi ..



Taddaaaa , here we are !!! "Taman Botani , Shah Alam" 😍😍😍😍
Plan yang tak berapa nak plan , bila plan asal untuk hiking ke Broga Semenyih terpaksa dibatalkan . Huhu .. sedeyyy .

Sedih tak sedih .. jadi , di sinilah kami "membawa diri" pulakkk . Plan dari awal , if kami jadi datang ke sini , kami nak try game Skytrex . Sekali bila sampai sana , kalau nak main game tu .. kena booking awal awal dulu . Hamikkkk !! Sape suh main terjah je . Kan ke dah mendapat 😂😂😂 Ekceli , ana tau je kena booking awal awal . Sebab ana dah habis explore tempat nie awal awal dari member plus web dia . Tapi macam biasalah , seketul 🍗 Hasanah nie .. suka usahakan jugak apa yang dia nak , walaupun bayang bayang nak dapat tu , macam takde 😅😅 hihi .. 

Disebabkan Skytrex tak dapat main , kita cuba option lain . Kita try masuk rumah 4 musim pulak . Untuk nak masuk ke rumah nie , kena bayar RM5 . Hah , pakal RM5 je .. kalau lebih dari tu , memang tak lah nak masuk . Hahaha 😂😂😂😂 


Pattern Taman Botani nie , macam FRIM kat Kepong . Bapakkkk besauuuu .. Dan untuk nak pergi satu tempat ke tempat yang lain , kena naik shuttle bas @ beskal . Kalau ada bawak motor or kereta , still tetap tak boleh bawak masuk ke dalam . Just park kat luar je . Harga tiket parking , untuk kete - RM3 . Untuk motor , RM1 . Disebabkan begitu lah syarat dan procedure nya .. lalu kami menyewa lah sorang sebijik beskal . 

Adoiii , bila sembang pasal beskal nie .. terus rasa berangin . Bukan tetiba nak emosi ke apa , cuma masa kami nak sewa tu .. ada jadi 1 kejadian . Orang yang nak kasik sewa tu , dia tak pandai nak explain kan persoalan ana . 

Macam nie , dekat iklan sewa beskal , ada 3 iklan . Pertama , RM10 dengan helmet . Kedua , RM15 dengan helmet . Dan ketiga , RM15 beskal yang untuk bawak penumpang kanak kanak berserta helmet . Bila kami minta nak sewa yang RM10 , dia kata tak ada . Ana assume , tak ada tu maksud dia , jenis beskal RM10 tu , dah habis . Sebab orang lain dah sewa . Tapi , bila ana nampak ada yang dah pulangkan beskal , dan ana terus tanya yang nie ke .. yang RM10 tu , dia kata yang RM10 punya takde . 

"Takde . Boleh faham tak .. tak ada ?"

Eh ? Ana pulak kena sekolah dengan dia 😡😡😡 Ada jugak yang kena hempuk dengan purse nie kanggg .. Apa maksud dia "tak ada" tu ? Tak ada sebab dah habis ramai yang sewa ke @ tak ada sebab memang deme dah tak buat sewaan jenis tu . If maksud dia memang dah takde buat sewaan jenis tu , kenapa tak tutup iklan tu ? Kenapa nak kelirukan customer ? 

Elok je lepas kami dah setuju nak sewa , ana "sekolahkan" dia balik . 

"Lainkali , kalau takde buat sewaan yang nie , tak payah lah tunjuk iklan nie" . 

Hamikkkk !! Kan dah kena dengan ana . Bikin panas je , pagi pagi buta nie . 


Disebabkan tak boleh nak join game Skytrex tu .. jadi kami melihat sahaja lah , deme nie main . Ekceli , tak tengok sangat pun . Bergambar je lebih . Bhahahahaa 😂😂😂😂






Punyalah besau Taman Botani nie , siap ada pecahan pecahan kawasan yang menarik untuk dilawati . Kalau yang atas nie , perkampungan padi . Memang cantik . Tetiba ana rasa macam berada di negeri Utara . Hihi .. 


Okay , nie pulak .. masa kami dalam rumah 4 musim . Kebetulan masa kami pi nie , adalah musim Winter . So , merasalah kami kesejukan winter di dalam nie . 

Masha Allah . Sejuk betul . Sampai mengeletar tangan ana , menahan sejuk .. padan ler dia hadkan hanya 3 minit di dalam nie . 

Sejuk dah best dah . Cuma yang tak bestnya , pelawat tak berpeluang untuk sentuh salji nie dan bergambar di atasnya . Hanya dari jarak jauh cuma . Huhu .. ana baru berangan nak buat bulat bulat salji , acah acah nak baling . Hahaha .. nan ado . Berangan jelah boleh . 

Habis dari rumah 4 musim nie , kami ke tempat lain pulak area Taman Botani nie . Disebabkan kami nampak jambatan gantung yang menarik , pun boleh berhenti untuk bergambar . Hahaha .. 




Ada banyak tempat sebenarnya . Tapi , disebabkan jarak ke satu tempat ke tempat yang lain agak jauh , so .. kami tak dapat pi banyak tempat . Letih oi ! Nak mengayuh di jalan yang berbukit bukit tu . Huhu . 

Oleh itu , hanya beberapa tempat inilah .. yang telah kami berjaya "mencemarkan duli" . Dan selebihnya , mungkin boleh difikirkan lainkali . Hahaha .. 


No comments:

Post a Comment