Thursday 24 November 2016

. Melaka Bandaraya Bersejarah .


Nama je kampung kat Melaka . Tapi nak kata habis pusing Melaka tu , memang taklah . Idok mandangnyer kome ! Asal balik kampung je , tak pi memana . Mereput je dalam rumah tu . Hahaha 😂😂😂😂 Bukan sebab apa , sebabnya bila dah jarang jumpa saudara mara , dan hanya sekali sekala je balik , jadi masa tu lebih afdhal jika diisi dengan nyembang doploh empat jam . Hahahaa 😂😂😂😂

Tapi untuk kali nie , kami "pecah tradisi" sikit . Maka , berangkatlah kami ke Muzium Kapal Selam di Klebang .
Walaupun hanya beberapa ketul je yang pi , cukuplah untuk cipta sejarah , kami dah sampai . Yeayyyy 😌😌😌 Hoholiau .


Walaupun Muzium Kapal Selam nie kecik je , tapi , sejarah dia tu .. yang perlu kita amik kira .








Ini adalah secebis gambaran sejarah yang ana berjaya rakamkan . Nampak tak ? Boleh baca ke nie ? Kalau tak boleh jugakkkk , mohon datang sendiri ke sini . Bhahahaha . Pe de hal , RM5 per head je sekali masuk . 


Bila baca sejarah tentang kapal selam nie , hampir semua kapal selam yang dibawa masuk ke dalam Malaysia , adalah datangnya dari negara Perancis . Mereka yang banyak mencipta kapal selam ini . Dan kalau kita tengok pada gambar di atas , tak semua negara mempunyai kapal selam . Hanya terdapat di negara - negara tertentu sahaja . Walau bagaimanapun , kapal selam yang berada di Melaka ini .. hanyalah kapal selam yang digunakan sebagai latihan kententeraan . 





Dan selain sejarah tentang kapal selam SMO Quessant Agosta 70 nie , ada jugak sejarah tentang kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dengan Tun Abdul Razak . Dinamakan bersempena dengan nama mereka , kerana di atas sumbangan mereka pada negara . 


Ini pula , adalah bahagian di dalam kapal selam ini . Kecik je laluannya . Ngam ngam muat sorang je lalu . Walaupun kecik je , masih mempunyai fasiliti yang canggih . Siap ada dapur katil bagai . Bilik meeting pun ada . Tudiaaaa bak hang ! 😂😂😂😂







Bukan 1 tau katil dia . Ada dalam 4 @ 5 buah . Fuhhh ! Nampak je kecik dan sempit . Tapi , masih muat meletakkan semua nie . Hebat kan ?? 😌😌😌




Hahhh .. kecik kan laluan dia ? Ngam ngam sorang je yang dapat lalu . Hihi ..



Nie masa nak keluar plus nak turun dah dari kapal selam nie . Acah acah macam turun flight . Kah ! Flight sangatttt 😂😂




Selain kapal selam tadi , ada jugak 2 buah jet dekat area depan nie . Tapi , bila ana dah balik , baru ana perasan , ada tangga untuk kita naik bergambar . Tapi , sama ada boleh masuk dalam tu ataupun tidak , ana tak pasti . Rugi ler pulakk sebab baru perasan . Hahaha .


Tudiaaa , abang sama naik sheikh tau bergambau . Sebab nie wishlist dia . Kasiklah peluang . Hahaha 😂😂😂😂 Nanti kempunan lah pulak . So , hamikk lah . Hamikkk . Sampai full memory handphone ana .

Yang bestnya , elok je kami dah "tawaf" Muzium Kapal Selam nie , dah nak dekat - dekat pagar keluar , dan dan ujan pun turun dengan mencurah curahnya . Maka , ayuhlah kita berlarian pulang . Hahaha 😂😂😂 Tak dapat ana nak pi Padang Pasir yang macam ala - ala kat Mesir nun . Bertabahlah nak . Sikit je lagi . Alahaiiii ...

No comments:

Post a Comment