Tuesday 16 August 2016

. Sabah Bah - Part 6 ( Finally , Last Part ) .

Akhirnya , sampai jugak ke Part yang terakhir .
Wuuu , bercintanya lahai nak habiskan kome ! Hihi :D

Cadangnya nak biorkan je tergantung .
Tapi , macam tak sedaplah pulak . So , kasik habis lah . 
Baru lengkap sejarah percintaan . Eh ? Hahaha :D

Okay , disebabkan flight ana esok dekat Kota Kinabalu , 
So , dari pagi kelmarin tu kami dah bergerak ke KK .
Best perjalanan . Sebab sepanjang perjalanan tu , ana baru sedar betapa pengantin lelaki dengan kawannya , sama masuk air macam pengantin perempuan . 
Kira ngam dan elok sesangat lah . Boleh jadi geng . Sep sikit ! Hahaha :D

Masa dalam perjalanan nak ke KK tu , 
Kami asik lah menyebut beberapa loghat dan perbezaan Semenanjung dengan Sabah . 
Seriously lawak dan tak boleh terima bila deme cuba bercakap dalam pelbagai loghat Semenanjung . 
Kepelikkan yang teramat . Sakit perut ana gelak . Hahaha :D

Yang best masa dalam perjalanan ke KK nie jugak ,
Si kawan pengantin lelaki tu , asik kata je kat ana ,
'' Senah , jangan lupa nanti , balik Semenanjung , cite dekat kawan - kawan , Senah datang Sabah ''
Pehtu sardin je ana jawab , '' Mestilah cite . Siap pi Mengatal lagi . Hahaha ''
Gelak besar kawan pengantin tu . Sebab ''Mengatal'' adalah salah satu nama tempat di Sabah .
Mau dia tak gelak besau , sebab kalau ikut dari BM , dari Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka , Mengatal tu adalah sejenis kelakuan yang kurang sopan .
Tetapi tidak di Sabah . Hahahaa :D



Disebabkan banyak tempat yang kami menyinggah , 
Jadi , malam baru kami sampai di KK . 
Ana mulanya rasa pelik jap , asal banyak words Jesselton yang ana jumpa . 
Ghopernya lupa lah . KK dulu dikenali sebagai Jesselton . Kahkah :D

Bila sampai je Jesselton , eh silap . Sampai je KK , 
Memasing muka dah lapau . So , kami pun membawa diri untuk pi makan . 
Tempat makannya konon macam ala - ala romantik lah , lampu malap , tepi laut , ada kapal - kapal besar yang cantik , 
Walhal , kalau ibu ana ada nie .. mau dia ajak pi makan kedai lain .
Kedai yang lampu pendafloor tu .
Lagi senang nak makan katanyer . Sume nampak .
Kalau tengah makan tu pun , ada melompat pape , pun senang nak nampak . Hahaha :D



Tudiaaaa baq hang ! Sabah kan terkenal dengan mutiara . 
So , kalau takde jual tu , nampak benor nipunyer .
Murah lagi ada . Macam - macam pilihan . Dari sekecik - keciknya , hingga sebesau - besaunya . 

Masa nie , kami kat Pasar Malam KK . 
Sebenarnya , bukan ana yang nak beli . 
Cuma ada sahabat yang minta belikan untuk bakal zaujahnya . 
Hamboiiiiii ! Nasiblah ye , kalau ana dengan pengantin perempuan pilihkan tu , tak kena dengan seleranya nanti . Sape suh ana yang belikan ? Hahaha :D


Abis kami round dekat Pasar Malam tu ,
Elok je nie hah .. Pengantin lelaki berbekam . 
Sempat lagi tu , cari peluang . Hahaha :D


Dan disebabkan perempuan tidak begitu digalakkan untuk berbekam , 
Seharusnyalah kami hanya berselpie . Kihkih . 
Sebenarnya masa nie tengah dok pikiaq nak tido mana . 
Baru jam nie kami search hotel . Padan ler muka . Hahaha :D

Disebabkan pengantin lelaki masih berbekam , 
Jadi , kami tinggalkan dia disitu , dan hanya kami yang mencari hotel . 
Beria cari siap nasib kete bagai . 
Last - lastnya , menginap di hotel yang betul - betul berhadapan dengan tempat berbekam nie . 
Hahaha :D


Beria keluar awal dari hotel . Siap ketakutan lagi masa dok breakfast tu . Riso , ketinggalan flight nanti .
Mau tak , pengantin lelaki pun , asik kena kan ana ,
''Habislah Senah . Tak dapat balik Semenanjung''
Sekali , bila sampai airport , sempat berangan lagi kome .
Bapak lama menunggu . Hahaha :D

Masa dah nak dekat - dekat berlepas tu ,
Dekat Balai Perlepasan tu ,
Barulah ada moment sedih sikit . Tapi , of coz lah bukan ana yang menangis .
Ana sebak sebak je . Pengantin perempuan yang beria nangis . Kah !
Nampok sayang kat ana tu . Hihi . 


Begitu nikmatnya peluang menaiki pesawat pada pertama kali nie .
Mau tak , pergi ana dapat seat sebelah tingkap , balik pun ana dapat sebelah tingkap jugak .
Tak kisahlah kalau orang lain tak kisah dan tak heran .
Tapi bagi ana , ana tersangatttttt lah kisah .
Sebab ana suka tengok dan menghayati pemandangan sepanjang ana berada di dalam pesawat .
Lagi - lagi masa pesawat baru nak naik ke langit biru dengan masa nak turun .
Kelajuan dia tu , rasa macam best je .
Masa pesawat masuk dalam kumpulan kumpulan awan pun best .
Masha Allah . Cantik betul . Seriously rasa macam nak bukak tingkap , sentuh awan - awan tu .
Hahaha :D

Nie masa nak tinggalkan bumi Sabah . Tangkap buat kenangan dari jarak atas .
Entah bila ler ana dapat ke sini lagi . Tak puas sebenarnya berjalan ke Sabah lagi nie .
InsyaAllah , nanti nak buat trip bersama family pulak . Heeee :D

Oh ya ! Masa tengok pokok - pokok , lautan , rumah - rumah , kereta - kereta , dan lain - lain dari pandangan atas nie ,
Ana rasa takjub dan teruja sangat dengan kekuasaan Allah .
Betapa Allah itu Maha Hebat , Maha Sempurna kerana dapat mentadbir dunia dan makhluk dengan sebaiknya .
Teringat ada satu key words ana pernah baca ,
'' Tiada sehelai daun pun yang gugur ke bumi , melainkan di bawah pemerhatian dan kekuasaan Allah ''
Masha Allah .
Key words tu , mungkin nampak biasa . Tapi , once kome ada kat langit biru , kome akan rasa , macam ............. Allah . Allah . Allah .

Okay guys ! Daaaa :)

No comments:

Post a Comment