Friday 12 August 2016

. Sabah Bah - Part 5 ( Last Maybe . Hahaha ) .


Fuhhhh ! Sampai part 5 . Hamikkk . Padan ler dengan lima hari ana ke Sabah ( termasuk perjalanan pergi dan pulang ) . Hihi .

Desa Dairy Farm , Kundasang Sabah , Masha Allah , cantik dan best betul .
Macam pi Tanah Rata Cameron Highlands di Semenanjung .
Sejuk dan sangat mendamaikan .
Tapi perjalanan nak ke sini nie , bercintanya lahai . Hahaha :D

Awal - awal pagi , kami dah gerak ke sini . Around pukul 10pagi macam tu rasanya .
Ana , pengantin lelaki , pengantin perempuan dengan kawan pengantin lelaki .
4 orang sumenya . Okay ngam . Two couples . Hahaha :D

Masa otw nak ke sini , kami singgah di salah satu gerai makanan .
Barulah nak merasa Bakso Sabah . Sedap . Best .
Macam biasalah , rasa macam nak bungkus bawak balik . Tapi , mana maunya . Hahaha :D

Ana nie , kalau pi mana - mana ,
Kalau tak memalukan diri , memang tak sah . Hahaha :D
Masa dekat kedai makan tu , ana pi singgah tandas kedai makan tu kejap .
Kecik je tandas tu . Muat - muat sorang . Kira tandas kongsi nie .
Lelaki perempuan guna tandas yang sama .

Masa ana masuk je dalam tandas tu ,
Ana dah terdetik dah dalam hati ,
'' Basah lah lantai tandas nie . Macam licin je ''

Elok je masa ana nak keluar dari tandas tu ,
Entah macam mana , ana tergelincir jatuh .
Adoiii ! Nasib tak terhantuk kepala kat simen lantai tu .
Cuma terasa jugaklah sakitnya dari paras pinggang sampai kaki .
Hamikkk ! Tulah , pi tegur lagi lantai licin bagai . Kan dah merasa jatuh .
Bukan senang tu nak jatuh dalam tandas , di Sabah lagi . Kahkah :D

Bila ana keluar je dari tandas tu ,
Terpaksa cover - cover sakit . Malu okay , depan pengantin lelaki dengan kawan dia .
Hahaha :D Bisik dengan pengantin perempuan je . Kahkah :D

Ana whatsapp dalam group family , bagitau ana jatuh dalam tandas .
Kot ler ana jatuh nie , bersangkutan dengan keadaan family yang jauh - jauh . Riso gak kalau ada jadi pape kat family .
Sekali , masuk abang ana yang sulung dalam group , terus disekolahkan ana ,
'' Tulah , lainkali masuk tandas dengan kaki kiri . Sebelum masuk , baca doa dulu . Keluar tandas pun baca doa ''
Tudiaaaa ! bila dia dah start , hamikkkkk !


Hahhh , tengok tu . Hanya di Ranau . Teko terangkat kome !
Dah macam tempat Ayah Pin . Ada teko bagai . Kahkah :D
Taklah . Sebenarnya di Ranau popular dengan Teh . Macam Cameron Highlands lah .
Tapi , ana tak sempat ler nak rasa apa beza Teh Ranau dengan Teh Cameron .
Maybe next time . Hihi .



Nie masa nak dekat - dekat sampai Desa Dairy Farm dah . Akan jumpa Roundabout kobis nie .
Cantik je kan ? Lambang kemegahan kepopularan kesayuran . Kah ! :D
Kalau Sabah tu sebelah je dengan rumah , dah lama ana borong sayur bebanyak .
Sebab nampak macam best je sayur - sayur dia . Hihi .




Akhirnya , kami sampai . Sesampai je kat sini , tutup aircond kete terus . Bukak tingkap .
Sebab kat luar lagi sejuk dari dalam kete . Hahaha :D
Air dia pun sejuk betul . Sejibik macam kat Cameron .


Penat tengok lembu , kita try susu segar kat sini . Perghhhh , memang terbaik wokkk !
500ml - RM3.17 . Tudia , siap ada 17sen . Tak faham apa kejadahnya . Haha :D
Ada 3 perisa . Susu putih , susu coklat dengan susu kopi .
Memula , nak order susu coklat , tapi sold out pulak . So , order jelah susu putih .
Sampai 2 kotak ana beli . Tapi minum satu je . Sebab lagi satu bagi kat pengantin . Hihi .

Kat sini , ada jual jugak ais krim susu .
Sedap . Rasa masam - masam macam makan yogurt .
Tapi ana tak sure harganya berapa , sebab pengantin perempuan yang beli .
Ana numpang makan je . Hihi .



Bukan lembu je ada dekat Desa Dairy Farm nie . Kambing pun ada . 
Macam tak pernah jumpa kambingkan , layankan .. selpie ngan kambing jugak . Hahaha :D







Masa dekat Desa Dairy Farm nie , kita boleh jugak tengok proses pengambilan susu nie .
Sambil - sambil minum susu dengan makan ais krim susu tu , bolehlah layankan dengan panorama nie . Indah bukan ? Hahaha :D



Sebelum ke tempat proses pengambilan susu dari lembu tu , ada satu bahagian jual benda alah nie .
Untung anak buah ana , sebab ada Mak Cik dia yang baik , belikan tshirt untuk dia .
Nak buat macam mana , anak buah seketul je . Memang manja lah cite dia . Hoho .





Lepas dari Desa Dairy Farm tu , kami ke Kundasang War Memorial pulak .
Entrance nya sorang RM2 . Okaylah . View dalam nie pun menarik . Macam ala - ala Kellie's Castle kat Batu Gajah , Ipoh Perak .



Laki bini nie memang suka tangkap gambau bertumbuk macam nie . 
Biorkan deme . Asalkan deme bahagia . Hahaha :D













Pengantin suka gambau nie . So , kasik up kat sini lah .. walaupun selambak muka ana kat sini .
Hahaha :D



Selesai je di sini , kami ke Rumah Terbalik di Sabah .
Terbaiklah Rumah Terbalik nie . Nombor 3 di Asia dan nombor 1 di Malaysia .
Tapi yang tak bestnya kat sini , tak boleh nak amik gambau di dalam rumah tu .
Yelah , sebab private and confidential . Kalau nak , kome kena pi sendiri lah . Hahaha :D



Selain Rumah Terbalik , ada jugak Muzium 3D kat sini .
Sebab dari Kundasang ana dah setting dalam pikiran nak pi Rumah Terbalik ,
So , bila sampai sini , memang tak mandang langsung Muzium 3D tu .
Walhal , bila ana balik Semenanjung , baru ana nampak ada sahabat up gambau dalam Muzium 3D nie . Alahaaiiiiiii , rugi oi ! Nie cite dia , kena pi Sabah lagi lah nie .. Saja kan ? Hahaha :D


Sebelum masuk , beria ana amik gambau nie .
Al - kisahnya nanti nak amik gaya cenginie .
Sekali , nan ado . Kelupaan langsung . Gambau ke mana , gaya ke mana . Hahaha :D






'' Biarkan rumah ini terbalik . Asal bukan sahaja kisah cinta kita . Sambut tanganku . Takkan kulepaskanmu ''

Chia . Chia . Chia .
Hahahaa :D

Lepas je dari Rumah Terbalik nie , kami pun bergerak ke Kota Kinabalu .
Sebab flight ana esok paginya .
Ingatkan , ana nak habiskan sume kat Part 5 nie .
Tapi , rasa macam tak dapat je . Banyak lagi kisah sebelum balik tu .
Hahahaa :D

Okay , ini serious . Nanti ana sambung lasssssssssttttt part kat Part 6 ye .
Janji , tu yang last tentang Sabah nie . Hahaha :D

Okay , bye !
By the way , gambau kat bawah nie , masa nak Maghrib .
Masha Allah . Cantik betul view nya .
Gambau nie , memang xde edit langsung okay :)



No comments:

Post a Comment