Wednesday 6 December 2017

. Trip 7D5N ke Hokkaido ( Hari pertama dan kedua ) .




First of all , thanks to Allah , atas nikmat yang tak pernah terfikirkan ini .

Masha Allah . Subhanallah , Allah Maha Baik .
Siapa sangka , negara yang tak pernah masuk dalam wishlist ana , akhirnya ana berjaya sampai :D
And it is so yeayyyyy !!! :D Yeayy wei ! Yuhuuuuuuu ... yabeda beduuuu .. :P ( okay , over )

Ekceli , trip ini adalah trip anjuran company yang sedang ana bekerja , yakni syarikat Pembinaan Legastia . Yang mana , telah menaja hampir keseluruhan trip , termasuk tiket kapal terbang pergi balik , tiket masuk ke tempat tempat lawatan sepanjang di sana , makanan ( ada sehari je untuk lunch dan dinner sendiri - sebab masa tu , aktiviti bebas ) , penginapan dan pengangkutan di sana .

Ekceli , ceh , ada ekceli lagi . Hahaha :D Tajaan tu semua , bagi mereka staff staff yang dah berkhidmat lebih dari dua tahun . So , macam ana nie , baru setahun je dik nonnnn . So , mana mana staff yang kurang dari tempoh tu , kena top up separuh dari jumlah keseluruhan biaya di sana . Contoh : sorang RM6K . Jadinya , ana kena top up RM3K dari jumlah tersebut ......


Nie masa kat KLIA2 . Mrs Ivy yang amikkan gambau . Belakang tu , Manager ana dengan wife dia .

Nak dengar cite kelakar tak ?

Nampak x kotak depan luggage ana tu ?

Dalam tu , penuh dengan milo , nescafe dengan maggi . Ana ditugaskan beli oleh Manager . Masa ana bawak ke KLIA2 , tak bersalotape lagi tau ! Sardin je , ana bawakkan macam lepas Kastam nanti . Dalam fikiran , kat KLIA2 lah baru carik kedai yang jual salotape . Sebab dah tak dan dah oi ! Kelam kabut gila masa gerak . Dengan duit tak bertukarnya lagi . Aduhhhh ....

Sekali , sampai je KLIA2 , ana nampak KK . Cantiklah , sebab ada pun jual salotape . Jadinya , time tu jugak lah pun , baru nak packaging nya molek molek . Hahahaha :D Hasanah hasanah :P


Duit Jepun yang baru berjaya ana tukarkan di KLIA2 malam kejadian nak bertolak . Hamikkk !!! Merasa lah ana kerugian RM100++ duit Malaysia , disebabkan baru ada kesedaran nak tukar duit . Bhahahhaa :D Ikutkan , ana nak minta ada salah sorang site team nie tolong tukarkan . Sebab dia nak cari tempat yang murah . Sekali , dia dah tukar dulu tanpa pengetahuan ana .... Maka nya , terpaksa ler berusaha sendiri , tukar kat tempat tempat yang boleh . Mulanya , dah pergi IOI Putrajaya . Nak tukar kat sana . Sebab deme kata situ murah . Sekali sampai , habis oi ! -..- Dan dan habis . Ramai nau ke pun nak pi Jepunnya ???


Mrs Jaqline . Merangkap teman sebilik dan teman ke mana sahaja ana pergi sepanjang berada di Jepun . Best dengan dia nie , walaupun ana first time jumpa ( sebab selama nie , dia kat HQ , ana kat Site ) .


Taraaaaaa !! Makanan dalam flight . Disebabkan kami berada hampir 8 jam dalam pesawat , maka nya , merasa lah nasi lemak Air Asia . Sedap oi ! Nasi lemak ayam rendanggggg :) Marvelous sangat . Nasib baik dia dah hadkan sorang 1 . Kalau x , nak jugak ana tambah . Bhahhahaha :D

Disebabkan masa flight yang terlalu panjangggggg , maka , memang ana gunakan sehabis baik dengan menidurkan diri . Letih oi ! Entah kenapa seminggu sebelum nie , letih nau nau ana . Mana nak kejarkan keje kat Site , Home Tutor , Ajar Ngaji , Bertunang , Kakak nikah , fuhhhh .. Betul betul letih . So , disebabkan ana seolah olah cuba menqadhakan tidur tidur ana sebelum nie , sampai berdengkur kau dalam flight tu ! Hahahaha :D Manager yang kata . Sebab seat dia , belakang seat ana . Betul ke tipu , w'allam . Tapi , ana rasa betul . Sebab kalau dah letih , memang for sure , berdengkurnya pun .


Sampai sampai Chitose Airport je , Tour Guide kitaorang suruh cari sarapan . Sebab last sarapan tadi , nasi lemak Air Asia tu . Itupun beberapa jam sebelum tiba Jepun . Memang sedang elok lapar lah nie cite dia . So , ayuhlah bawak diri beli apa yang patut .....

Yang ana pegang nie , Puding Caramel . Kalau sape pernah tengok cite My Boss My Hero , mesti tau betapa fofularrr nya makanan nie :D Sampai ana macam eh ? wahhhhh .. al-jakun seketika . Dapat jumpa dan merasainya .


Nie pulak , White Coffee kat sana . Sedapppp :) Tapi , penuh dengan rasa susu . Kopi kurang , susu lebih . So , kalau kome sejenis yang loya dengan susu , kompom tak minatnya .


Hahhh . Nie pun , ana try gak . Sushi dengan rumpai laut . Pun sedap . Tapi , dalam nie , macam ada kicap . Dan hampir semua tempat yang ana pi makan , kicap deme nie , macam masin sikit . Tak macam Malaysia . Ada masin manis kan ? So , disebabkan masin sikit , tak abis ana makan . Hihi ..


Panorama dalam bas , masa kami on the way nak ke Ainu Museum . Nampak je terang benderang , tapi once kome keluar je dari bas , sejuk dia ya Allahhhhhhh , sampai ke sum sum tulang ! Bapak aihh . Oh , peraturan dekat Jepun nie , setiap penumpang dalam bas , DIWAJIBKAN pakai tali pinggang . Gila aihhhh .. Tak habis habis kami diingatkan dengan ayat ''Seat to belt lu to'' - pakai tali pinggang semuaaaa . Hahahaa :D



Alhamdulillah .. tempat pertama yang kami sampai . Ainu Museum . Perkampungan tradisi masyarakat Jepun . Cantik view dia . Meletops abis ! :) Rasa tenang je lihat panorama dia , walaupun tergetor getor menahan sejuk yakmatttt .





Sekali dia gantung ikan daaaaa ... seram mak nak ! Hahahaha :D


Sampai sampai je kami kat sini , kami dibawa ke salah sebuah rumah . Dalam nie , macam ada persembahan kebudayaan dari deme . Yang bestnya , pengacara nie , pandai pulak cakap Terima Kasih . Hahahaha :D Comel je , orang Jepun cakap bahasa Melayu :D

Ada video ana rakam dalam nie . Tapi , macam malas pulak nak attach ke sini . Ana kasik up gambar gambar jelah . Okay ? Okaylah tu .... :P







                                          Swafoto kenangan bersama Mrs Ivy , QS kami :)



Swafoto salah seorang orang Jepun yang membuat persembahan tadi . Cantik gila kulit deme . Kalah kita orang Malaysia . Kata Tour Guide ana , Farmasi kat sini , macam 7E kat Malaysia . Berpusu pusu orang masuk . Bukan sebab ramai yang sakit . Tapi , sebab ramai yang berlumba lumba nak cantik . Seboleh mungkin nak dapatkan produk muka yang palinggggg TERBAIK . Tapi produk yang paling bagus dekat Jepun nie , yang berasaskan dari Kuda . Bapak mahal oi ! Tak tersior ler teman nak membelinya :P


 Beza ana amik gambau orang , dengan orang amikkan gambau ana . Jangkaan tu sama sekali meleset . Hahahaa :D Sedeyyyy :P

Yang bawah nie , dia amikkan untuk ana . Hahahaha :D Nak minta amikkan lagi sekali , macam x proper . Sebab ana baru je kenal sis nie . So , gasak lah kak ! Asal ada . Bhahaha :D


 Lepas je kami ke Ainu Museum nie , masing masing dah lapau . So , ayuhlah kita ke Seafood Market , mentekedarah apa yang ada :D






Sekali kau tengok , bapak gajah dia punya seafood . Besau gila oi ! Boleh rabak mulut nak melantaknya pun . Tu belum tengok rabaknya poket nak membayar . Mahal weiii !!


Disebabkan ''binatang binatangnya'' sangat besau untuk dimakan , kami makan nie jelahhhh .. :P Ikan salmon , telur ikan kot , dan sayur sayuran yang jadi lazat yakmat pulak bila makan kat Jepun nie .

Kalau kome perasan , dalam gambar tu , ada sejenis sayur macam daun pandan . Tak tahu ler sayur apa . Tapi , sedapppp :) Macam lidah buaya versi tak berduri . Hahaha :D


Selesai je kami makan , kami ke Noboribetsu Jigokudani . Sejenis gunung berapi yang meletus 10 tahun yang lalu . Tapi , masih aktif okay ! Dan bau nya bila sampai sini kan , Ya Tohannnnn ... macam bau hancing , hamis air kencing . Tapi , boleh buat sakit kepala kalau lama lama . 





Tour Guide yang amikkan gambau ana nie . Kira daebakkk r ! Sebab cantik okay ! Tambah , bila orang dalam gambau tu , adalah ana . Bhahahaha :D



Mr. Bala and his wife . Pasangan yang sudi amikkan gambau ana dan sentiasa minta ana amikkan gambau dia . Sebab di setiap tempat tempat perhentian , ana lebih senang bergerak solo dari berkumpulan . Sebab dengan yang lain , macam x masuk . Hampir semua bersama pasangan dan group masing masing . Huhu .. Sedeyyyy :P


Dari airport , x bergedan check in hotel . Terus Tour Guide bawak jalan . Nak dekat malam , baru dia bawak kami ke hotel . Oh ya , kat Jepun nie , walaupun jam nya lebih cepat sejam dari jam waktu Malaysia , tapi siangnya pendek dan malamnya panjang . So , pukul 4 petang waktu Malaysia , kat Jepun dah magerib .

Nie adalah hotel pertama kami . Semua sekali hotel yang kami menginap , ada 4 . Ini yang pertama . Ala ala klasik dan sangat Jepun okay ! Jangan mimpi lah ada katil ke haperrr . Yang ada , hanyalah toto dan tilam lipat yang sangat banyak di dalam almari .



Masa kami sampai , kami tak sentuh lagi menatang nie semua . Sekali bila balik dari Dinner , deme dah bentangkan siap siap ''tilam'' sorang satu untuk kami . Nampak macam kekampungan . Tapi bila tidur , best gila lahai ! Dia punya selimut tu , gebu lain macam .


Nie tandas dia . Secoet je . Tapi bersih . Bersih gilaaaa . Rasa sangat selesa dan sikit pun x geli . Lagi satu , sistem pemparitan dan kumbahan Jepun nie , canggih . So , air paip dia , boleh minum macam tu je . Tak yah masak . Dan orang Jepun sangat susah nak beli air mineral . Sebab macam membazir lah kan ? Dari paip je dah boleh minum . Dah kenapa nak susah payah beli kan ??




Dengan hotel nie , sebolehnya , kalau masa nak turun Dinner , dia harapkan tetamunya pakai Kimono yang disediakan di dalam setiap bilik . So , merasa lah ana , pakai Kimono sepanjang di sana :)



Makanan kat sini , dihidangkan secara buffet . So , macam macam makanan ada . Tapi , nie je yang kena dengan tekak . Sikit je kan , ana makan ? Hahahaha :D

Dalam banyak banyak yang ana makan , udang celup tepung tu jugak yang sedap yakmattt .. :)


Ruangan makan hotel nie , besau sangattttt . Tapi , Tour Guide kami khaskan satu bilik untuk kami makan sesama dalam nie . Ouch ! So sweet ... hahaha :D

Masa dah habis makan tu , ana dengan lagi dua orang isteri isteri Manager , jenjalan kat lobby hotel tu . Sekali , terjumpa kumpulan ''mak cik mak cik bawang'' dari Korea tengah bergambar .

Masa tengok deme tu , ana bisik pada salah sorang akak nie , ana kata ke dia , jap lagi , mesti deme ajak bergambau sekali . Sekali , betulll.. bhahahaha :D masin betul mulut !

So , merasa ler ... bersama geng geng ''mak cik mak cik bawang'' berkimono :P



                                                         Bersama isteri isteri manager



                         Upsss , terjoin pulekssss kegedikan deme ber swafoto . Hahahaa :D

Masa nie , deme dah ready nak ke mandi kolam air panas yang ada kat hotel nie . Ada ke deme ajak ana sekali ?? Keje gila oi ! Sebab sape yang nak pi mandi kolam air panas kat Jepun nie , syaratnya kena bogel ! Hanya dibenarkan tutup dengan sehelai tuala pendek je ( like sapu tangan ) . So , memang tak lah oi nak pi ! Baik ana berendam dalam bath tub bilik air bilik nie je .


Macam nie kekdah dia . Rela tak oi ! Takpelah kalau xde pengalaman pun . Daripada malu nak pertontonkan keseluruhan badan pada insan insan yang ana tak kenal . Hahahaa :D

So , ini dulu part satu dan dua hari ana ke Hokaiddo , Jepun . Nanti ana up balik sambungannya . Jenuh nak habiskan oi ! Bercinta nya lahai ! :P

Semoga tabah !






































No comments:

Post a Comment