Monday 25 July 2016

. Sabah Bah - Part 1 .

Fuhhh 😥😥😥
Hampir 2 minggu balik dari Sabah ,
Baru ler nak up entry nie . Lupa sudah nak start macam mana . Hahaha 😂😂😂

Flight ana pukul 6.25pagi .
So , 5.45pagi , ana dah kena masuk boarding .
Sejujurnya , ini adalah kali pertama ana "mencemar duli" ke KLIA2 dan ini jugaklah kali pertama ana nak naik kapal torbang .
Al - jakun lah sikit dan al - tidak ketahuan yang banyak tentang step nak torbang tu macam mana . Huhu .

Disebabkan tiket pun sesudah Subuh ,
Ana plan nak gerak dari malam lagi ke KLIA2 .
Sonang . Pape hal pagi sok , ana dah kompom kompom ada kat situ .
Tinggal lagi , ana dapat terbang atau tak je .
Hahaha 😂😂😂😂

Sepanjang perjalanan ,
Asik je text Masita ( bakal pengantin ) untuk dapatkan gambaran perjalanan .
Ghoper PJJ je . Pembelajaran jarak jauh .
Gituuuu . Hahaha .

Bila dah sampai KLIA2 tu ,
Seriau gak ana . Mak aiii . Bapak besau .
Siap ada mall segala .
Ana ingatkan , memang just tempat park kapal torbang macam stesen bas tu .
Haha .

Bila sampai sana je ,
Ana cari dulu tempat untuk print out tiket .
Self service je . Senang .

Tengah dok - dok print tiket tu ,
Ada sahabat lain mesej ana jugak .
Tanya macam mana sume .
Riso betul dia .

ALHAMDULILLAH , beruntung ana , ada ramai yang sayang . Hihi .
Dia pun bagi gambaran perjalanan macam mana sume .
Siap nak teman ana "stay up" sebab takut ana tertido .
Masha Allah . Baik betul lahai .
Terharu kita . Kahkah 😂😂😂

Sementara nak tunggu pagi tu ,
Ana "berkampung" jelah dalam surau .
Memula tu , okay lagi .
Masuk pukul 12 pagi ke atas ,
Badan ana dah mula rasa tak selesa .
Bapakk sejukkk oiii !
Tak tau nak buat apa , bagi hilangkan sejuk .
Ikut hati , nak je amik remote , off kan terus aircond tu .
Tapi , mana maunya . Bertabahlah nak . Huhu .

Masa kat surau tu ,
Ada sorang Sis nie .
Dia pun nak pi Sabah jugak .
Tanya punya tanya , 1 flight .
Wuuu ! Geng lah kita . Sep sikit . Hahaha .

Bersyukur gila bila tau ada Sis nie pun satu flight .
Senanglah sat g . Ana follow je dia .
ALHAMDULILLAH .
Allah mudahkan segalanya .

Akhirnya , bila dah pagi tu ,
Lebih kurang dalam pukul 5.30 pagi ,
Sis nie ajak masuk boarding .
Kena pi buat pemeriksaan kastam bagai .
Ana nie , memang bangsa yang suka malukan diri sendiri .
Pergi mana - mana , mesti ada je yang berlaku . Hahaha .

Ana ingatkan , jam lalu dekat kastam tu , handphone bolehlah ada kat badan , dalam poket .
Sekali , berbunyi kau ! Hamikkkk !
Malu je . Hahaha .
Tak masal kena keluar balik dari laluan tu , dan keluarkan handphone semula .
Lawak . Lawak .

Bila dah masuk kawasan boarding tu ,
Barulah ana faham , kenapa sahabat ana bagi maklumat suruh masuk boarding awal bagai ..
Ghopernya laluan nak ke boarding tu , jauh - jauh .
Nasib ana dapat J9 . Tengah - tengah dan bukan sehingga pintu yang terakhir , J20 .
Jenuhlah nak ngakut beg oi ! Haha 😄😄

Lama jugak nak tunggu masuk kapal torbang .
Sempatlah ana dengan Sis tu , sarapan dulu kat dalam .
Tengah - tengah sarapan tu ,
Sis yang sama - sama dengan ana tu , kata dia nak pi toilet jap .
Sekali , bapakkk lama dia pi .
Mushykil jugak ana .
Lamanya pi toilet . Basuh toilet ke macam mana ? Hahaa . Choiii . Tak baik buruk sangka . Hahaha .

Tengah dok lamun tunggu Sis tu ,
Tetiba datang sorang akak nie .
Dia kata , kawan ana tu , tak boleh keluar toilet . Dia sakit . Dah baring dalam toilet .

Masha Allah .

Terkejut ana .
Tadi elok je kot sihat .
Nie dah kenapa tetiba sakit ??? 😅😅😅

Ghopernya dia gastrik .
Perut dah masuk angin . Lambat makan .
Ana pun tak tahu nak tolong macam mana .
Tolong urut - urut jelah pinggang dengan perut dia .
Tapi , tak okay jugak . Sebab dia sakit sangat .
Ana pun dah blur jap . Apa aku nak buat nie ?? 😅😅

Dia kata , dia tak jadi naik flight .
Dia suruh ana je yang pi .
Hurm . Kesian je . Dah lah tiket flight mahal .
Tak pasal kena beli lain nanti .

Nak tak nak ,
Ana terpaksa tinggal jelah dia kat toilet tu .
Maaf ye Sis Ju .

Berlari ana keluar dari toilet tu , cari pintu pelepasan .
Mau tak , dah banyak kali deme announce untuk masuk .
Kapal torbang dah nak berlepas .

Bila sampai kat pintu tu ,
Deme kata dah tak boleh nak masuk .
Dah lewat .
Alaahhhhh . Rasa nak nangis .
Beria ana cite kat staff yang jaga tu , ada kawan sakit tadi .

ALHAMDULILLAH .
Dapat jugak masuk .
Saja je staff yang jaga tu .
Bukan semua dah habis masuk dalam kapal torbang pun lagi .
Bila ana masuk laluan tu , deme masih beratur , susun - susun beg kot .
Tipu kata dah nak gerak . Kuangsam 😑😑😑

Pape pun , lega dapat masuk 😥😥😥
ALHAMDULILLAH . Hihi .

No comments:

Post a Comment